11 April 2014

1 Lagi Isyarat Berpotensi Misi Pencarian #MH370


RAAF AP3C Orion

Perth – Sebuah pesawat Australia mengesan isyarat yang berpotensi semasa menjalankan pencarian bagi Penerbangan MH370 Malaysia Airlines di Lautan Hindi tengah hari ini.
Ini disahkan oleh Ketua Pusat Koordinator Agensi Bersama Australia (JACC) Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston.

“Semasa menjalankan pencarian akustik, pesawat AP-3C Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) telah mengesan isyarat yang berkemungkinan di sekitar kawasan carian kapal pertahanan Australia, Ocean Shield,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau berkata data akustik itu memerlukan analisis lebih lanjut semalaman tetapi ia “menunjukkan potensi dari sumber peralatan buatan manusia”.

Houston berkata beliau akan memberi maklumat mengenai perkembangan terkini jika dan apabila maklumat lanjut diperoleh.

Beberapa transmisi isyarat yang mungkin dari perakam penerbangan MH370 telah dikesan sejak Jumaat.

Dua isyarat pertama dilaporkan dikesan pada Jumaat dan Sabtu oleh kapal China yang menyertai opetrasi pencarian sementara empat lagi isyarat dikesan oleh Ocean Shield, dua isyarat dikesan pada Sabtu dan dua lagi pada Selasa.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /