23 April 2014

Peluang Nik Azmi Rebut Jawatan Ketua AMK.

Nik Nazmi


SHAH ALAM – Persaingan merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dijangka menyaksikan pertembungan sengit antara Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari.
Walaupun pertandingan kali ini melibatkan tiga calon, namun nama Nik Nazmi dan Amiruddin lebih cenderung jadi sebutan pemerhati dalam dan luar parti.

Berbanding seorang lagi calon, Mohd Nazree Mohd Yunus yang juga Naib Ketua AMK, Nik Nazmi dan Amirudin dilihat lebih terkehadapan.

Pun begitu, ketiga-tiga calon ini dikatakan membawa misi masing-masing kerana setiap mereka mewakili tiga kumpulan yang diketuai calon timbalan presiden iaitu Azmin Ali; Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Nik Nazmi daripada pasukan Saifuddin yang dinamakan pasukan ‘Masa Depan Bersama’, Amirudin pula sudah jelas berpihak kepada Azmin, manakala Mohd Nazree dikatakan lebih condong kepada Abdul Khalid.

Kebanyakan pemerhati yang dirujuk menyatakan potensi Nik Nazmi diangkat sebagai Ketua AMK lebih cerah berbanding Amirudin dan Mohd Nazree.

Ini berdasarkan rekod dan imejnya yang baik, selain diberi kepercayaan memegang jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.

Pengalaman sebagai Pengarah Komunikasi PKR sebelum ini dan aktif mengikuti perbahasan dan mengetuai pertubuhan-pertubuhan pelajar Malaysia ketika zaman belajarnya memberikan lebih merit kepada Nik Nazmi.

Apatah lagi, beliau merupakan calon termuda dipilih bertanding PRU12 pada 2008 dalam usia 26 tahun dan menang!

Semua faktor itu membuatkan pemerhati politik merasakan Nik Nazmi layak untuk menyelesaikan masalah imej AMK yang didakwa lesu, kurang sifat anak mudanya dan tidak mesra rakyat.

Namun, sesetengah pihak melihat Nik Nazmi sebagai lalang kerana tidak jelas dengan kem yang disertainya – antara Azmin, Abdul Khalid dan Saifuddin, walaupun beliau kini sebahagian pasukan Saifuddin.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /