23 April 2014

6.7 juta penduduk Lembah Klang bakal berdepan catuan bekalan air untuk selama 161 hari lagi


2(58)

SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor menegaskan catuan bekalan air di Lembah Klang sejak 27 Februari lalu akan diteruskan sebagai persediaan menghadapi musim kering yang dijangka bermula Mei ini sehingga September depan.
Ini bermakna kira-kira 6.7 juta penduduk Lembah Klang bakal berdepan catuan bekalan air untuk selama 161 hari lagi selepas telah pun sengsara selama 55 hari akibat catuan bekalan air.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu turut mengambil kira keadan bekalan air di Empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu ketika ini yang masih di bawah paras kritikal.

Beliau berkata, paras simpanan air mentah di empangan berkenaan ketika ini ialah 89.29 juta meter padu atau 38.82 peratus berbanding 235.32 meter juta padu jika empangan penuh 100 peratus.

Katanya, bekalan air berkenaan hanya mampu bertahan selama 29 hari jika catuan sedia ada dihentikan.

“Kita perlu teruskan catuan kerana mahu naikkan paras simpanan air mentah di Empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus keperluan air Lembah Klang.

“Ia juga sebagai persediaan menghadapi musim kering yang dijangka lebih teruk pada bulan Mei hingga akhir September tahun ini.

“Kita juga mahu pastikan bekalan air dapat bertahan selama enam bulan agar ketika Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri  nanti,rakyat dapat disalurkan air dengan secukupnya,’’

katanya pada siding akhbar jom baca 10 minit di Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13  Shah Alam semalam.

Kenyataan Khalid itu pasti menimbulkan perasaan marah rakyat yang semakin penat menghadapi permasalahan air yang belum dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri.

Kira-kira 6.7 juta pengguna di lembah Klang sudahpun berdepan dengan catuan bekalan air sejak 27 Februari lalu.

Rata-rata rakyat beranggapan tindakan catuan bekalan air itu memang tidak masuk akal jika diteruskan memandangkan sebahagian besar kawasan Lembah Klang menerima hujan lebat hampir setiap hari.

Abdul Khalid berkata,pihaknya bersama Lembaga Urus Air Selangor(LUAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS) turut mengempam air sungai hasil hujan lebat di hilir untuk ditakungkan ke kolam-kolam Sungai Selangor untuk digunakan pada musim kering nanti.

Kerajaan Negeri juga sedang mengkaji untuk meneroka air bawah tanah yang berpontensi menghasilkan air mentah 300 hingga 400 juta liter sehari(JLH),’’katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /