01 April 2014

Aisha Zahari Mengamuk Daily Mail Menfitnah Kepten Zahari




Aishah Zaharie mengamuk Daily Mail fitnah Kapten Zaharie - Aishah Zaharie, anak perempuan juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, mengamuk di akaun Facebook miliknya kerana tindakan akhbar Daily Mail menyebarkan fitnah berhubung perubahan kelakuan ayahnya.

Dalam laporan Daily Mail sebelum ini, Kapten Zaharie dikatakan mempunyai masalah rumahtangga dan merupakan penyokong fanatik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, akhbar berkenaan turut melaporkan Kapten Zaharie banyak menghabiskan masa dengan simulatornya berbanding keluarga serta didakwa terganggu dan bersedih beberapa minggu sebelum menerbangkan pesawat MH370.

Bagaimanapun, Aishah membidas tuduhan tersebut dan menafikan pernah ditemubual oleh Daily Mail seperti didakwa mereka.

"Dear Daily Mail, you should consider making movies since you are so good at making up stories and scripts out of thin air..."

"May god have mercy on your souls. You can bet your ass I will not forgive you."


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /