Majlis Belia Negeri
(MBN) Kedah menyangkal dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
yang menyifatkan pendekatan kerajaan negeri dalam menangani isu berkaitan Kolej
Universiti Insaniah (Insaniah) seolah-olah cuba menguburkan institusi pengajian
berkenaan.
Bendaharinya, Shahrol
Niza Omar berkata, pihaknya melihat kenyataan yang dibuat Nik Abdul Aziz itu
hanyalah sebagai cubaan untuk mengelirukan rakyat serta bermotifkan politik.
Menurutnya, tidak
mungkin bagi kerajaan negeri untuk melakukan satu pendekatan yang boleh
menguburkan Insaniah kerana ia ditubuhkan oleh kerajaan negeri semasa pimpinan
BN pada 22 Jun 1995.
“Dakwaan beliau tidak
benar. Padahal kerajaan BN yang tubuhkan Insaniah dengan pengambilan pelajar
yang begitu ramai saban tahun.
“Tetapi sejak
pentadbiran PR, jumlah pengambilan pelajar setiap tahun semakin berkurangan
bermula pada 2010. Boleh dikatakan penurunan hampir 50 peratus setiap
pengambilan baru,” katanya.
Katanya, pada Julai
2010, pengambilan pelajar baru adalah seramai 1,900 orang. Berbanding pada 2011
pula, penurunan sebanyak 300 orang dan menjadikan jumlah keseluruhan
pengambilan pelajar pada tahun berkenaan sebanyak 1,600 orang.
Semalam, Nik Abdul
Aziz mendakwa cara kerajaan negeri jelas menampakkan keinginan mereka untuk
melemahkan perjalanan institusi pengajian agama berkenaan apabila kemasukan
Julai 2013 lalu merosot sehingga 50 peratus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan