20 Ogos 2013

Surat Misteri, Kenapa Anwar Dan Karpal Senyap Sunyi




Timbul tanya tanya mengapa sehingga kini Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak mengambil tindakan mahkamah berhubung pendedahan surat misteri mengaitkan isu ‘urus niaga’ dan akaun bank mereka.

Anwar dan Karpal telah membuat aduan polis selain menafikan dakwaan yang terkandung dalam surat tersebut yang bertajuk, Bankleaks Anwar/Karpal.

Bagaimanapun ramai yang musykil mengapa tiada tindakan mahkamah seolah-olah mereka keberatan atau mungkin menghadapi kesukaran untuk membela diri.
Setakat ini, tiada penjelasan bagi menangkis dakwaan dalam surat tersebut yang dikatakan cukup serius kerana didakwa turut membabitkan kehakiman.

Baru-baru ini, penduduk Permatang Pauh gempar apabila sebahagian mereka menerima surat misteri yang antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Anwar. Lebih 6,000 surat itu kemudian dihantar ke rumah calon BN Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail yang kemudian memanggil sidang akhbar.

Kalau di Barat dan kebanyakan negara lain, kes seumpama itu pasti membawa kepada usaha besar-besaran semua pihak membongkar surat misteri itu demi menegakkan kebenaran tetapi di Malaysia, pihak berkuasa seperti segan dan takut.

Apakah Bankleaks Anwar/Karpal ini akan terus menjadi misteri, yang nampaknya ada pihak mahu ia kekal begitu?

Namun Awang percaya lambat laun, ia akan terungkai dan rakyat akan menilai sendiri kebenarannya sambil menggeleng kepala dan terbeliak mata.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /