Setelah hampir
setahun bermain dengan kata-kata, DAP akhirnya terpaksa akur dengan
kesilapannya dan bersetuju untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa
Eksekutif Pusat (CEC) parti itu. Menurut Pengerusi DAP, Karpal Singh keputusan
tersebut dilakukan bagi menyelamatkan parti itu daripada dibatalkan
pendaftarannya.
Parti “cauvinis
ultra kiasu” itu sebelum ini menerima tekanan dari pelbagai pihak termasuk
di kalangan ahli akar umbinya agar melakukan pemilihan semula. Ia ekoran dari
dakwaan dan desakan dari ahli-ahli parti itu yang mendakwa wujud pelbagai salah
laku wujud pelbagai salah laku pada pemilihan parti itu 15 Dis lepas lalu.
Menurut Karpal, DAP
terpaksa mengalah namun terpaksa akur dengan keputusan Pendaftar Pertubuhan
(ROS).
"Kami telah
mengadakan mesyuarat CEC malam tadi dan sebulat suara telah bersetuju untuk
mengadakan pemilihan semula demi kepentingan jangka panjang parti,"
katanya.
Konflik pemilihan CEC
itu bermula apabila mendapat keputusan pemilihan tersebut mendapat bantahan di
kalangan ahlinya kerana menimbulkan keraguan. Selain daripada itu mereka juga
mendakwa wujud penyelewengan apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis
kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah dan layak mengundi.
Isu itu juga
menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli, pemimpin dan bekas
pemimpin sehingga ada yang bertindak membawa kes itu ke mahkamah.
Kontroversi pemilihan
CEC DAP semakin menarik selepas pendedahan Laporan Ekuiti (Penipuan
Pemilihan CEC) tulisan Paderi Augustus Chen yang juga merupakan
kawan karib kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Di dalam laporan
tersebut, Paderi Augustus telah menyatakan secara terperinci berhubung penipuan
dalam pemilihan parti itu sejak 47 tahun lalu.
Tulisan tersebut
akhirnya menimbulkan kemarahan beberapa pimpinan tertinggi parti itu. Buku
tersebut juga antara lain memberi gambaran lengkap berhubung kemelut dalaman
DAP antaranya isu penyelewengan kiraan undi, bantahan ahli akar umbi,
memanipulasi surat ROS, kronisme ‘Dinasti Lim’ dan elemen Lima
Harimau yang dilihat menjadi ancaman kepada parti itu.
Elemen ‘Lima
Harimau’ yang dimaksudkan ialah merujuk kepada 5 orang pemimpin kanan parti
itu iaitu Teng Chang Khim, Boo Cheng Hai, Chow Kon Yeow, Ngeh Koo Ham dan Nga
Kor Ming.
Ekoran dari desakan berterusan dari ahli-ahli DAP, pihak ROS telah menjalankan siasatan penuh berhubung semua dakwaan yang dikemukakan itu. Keputusannya pada 30 Julai yag lalu, ROS telah mengarahkan parti itu untuk mengadakan semula pemilihan CEC selepas tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP selain mendakwa tidak diberi kerjasama ketika siasatan dijalankan.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum ini cuba menyalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dikatakan menjadi dalang terhadap kemelut yang melanda parti itu. Pelbagai tuduhan dilemparkan, bagi mengalihkan pandangan masyarakat yang mula mempertikai ketelusan parti “cauvinis ultra kiasu”.
Pelbagai alasan
digunakan bagi menutup salah laku mereka sehinggakan pada satu ketika, Kit
Siang terpaksa menggunakan helah dengan menangis bagi menarik simpati
masyarakat. Tambah menarik, Kit Siang juga sebelum ini pernah mengatakan, parti
itu berkemungkinan akan dibatalkan pendaftarannya menjelang sambutan perayaan
Aidilfitri tidak lama lagi.
Kesimpulannya semua
kenyataan yang tidak berasas itu, hanya merupakan helah Kit Siang untuk menutup
semua salah laku yang pernah wujud di dalam parti itu. Ini kerana, umum
mengetahui sekiranya DAP dibatalkan, semua bukti salah laku, penipuan dan
penindasan yang pernah dijalankan akan turut terkubur begitu sahaja.
Malah dengan cara itu
juga, Kit Siang sudah pasti akan mampu untuk mengukuhkan lagi pengaruh ‘Dinasti
Lim’ sekali gus menyelamatkan masa depan politik anaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan