Kemenangan Zairil Khir Johari dalam kiraan
semula pemilihan CEC DAP Januari lalu dirujuk sebagai ‘ajaib’ oleh bekas
pemimpin parti itu iaitu, Tunku Aziz. Zairil pada mulanya hanya mendapat 305
undi tetapi jumlah undian telah melonjak sehingga 803 dalam pengiraan semula. Keputusan
tersebut meletakkan beliau di tangga ke 20 yang mana membolehkan beliau
dilantik sebagai ahli jawatankuasa eksekutif parti.
Pengiraan semula dibuat setelah parti itu
mendakwa telah ‘tersilap kira’ dalam pemilihan awal dua minggu sebelumnya.
Umum melihat alasan DAP untuk mengira semula
undi adalah kerana ingin menutup sifat rasis parti itu apabila tiada wakil Melayu
yang terpilih walaupun di kalangan mereka yang telah berabad berkhidmat kepada
parti. Oleh kerana tidak tahan dengan kecaman ramai, maka DAP sanggup
memanipulasi undi bagi memenangkan Zairil.
Tindakan tersebut bagaimanapun bukan sahaja
telah menyerlahkan ketidaktelusan DAP dan sifat penipu pemimpinnya, tetapi juga
membuktikan bahawa DAP benar-benar sebuah parti yang tersangat rasis. Ini
kerana Zairil yang dicanangkan sebagai wakil Melayu adalah seorang Cina 100%,
melainkan pada namanya yang ditumpangkan kepada nama bapa tirinya, Tan Sri Khir
Johari.
Rakyat terkejut besar melihat betapa
kroniknya sifat perkauman DAP sehingga tidak sanggup melantik Melayu,
sebaliknya sanggup melantik seorang Cina bagi mewakili Melayu!
Sifat rasis DAP kini bakal di-uji sekali lagi
apabila ROS mengarahkan parti tersebut untuk mengadakan pemilihan semula
setelah didapati terdapat unsur tidak telus, tidak adil dan manipulasi undi
yang ketara dalam pemilihan terdahulu.
Justeru, kedudukan Zairil kini berada dalam
perhatian ramai. Rakyat sedang memerhati
DAP dari segi ketelusan, dan di masa yang sama ingin melihat bagaimana DAP
mencaturkan parti dari segi kaum. Apakah Zairil akan tertendang keluar atau apakah
kedudukan beliau akan semakin kukuh?
Bagaimanapun, sukar bagi rakyat untuk merasa
yakin yang pemilihan semula ini juga akan diadakan secara telus. Ini kerana, DAP tidak pernah mengambil
tindakan mahupun mengakui bahawa terdapat unsur manipulasi yang nyata dalam
pemilihan lalu yang membawa kepada pemilihan semula arahan ROS.
Sekali gus, mereka yang bertanggungjawab
menyebabkan 753 perwakilan India DAP dinafikan hak mengundi dan yang
bertanggungjawab menyebabkan ‘keajaiban’ dalam jumlah undi yang didapati oleh
Zairil, masih lagi bebas. Dan
kemungkinan besar, pemilihan kali ini juga bakal diuruskan oleh orang yang
sama.
Justeru, apakah jaminan yang beliau atau
mereka, tidak akan memanipulasi undi sekali lagi bagi ‘menyelamatkan’ Zairil
dan juga air muka DAP?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan