Walaupun dalam kalangan sebahagian besar
orang Melayu percaya DAP ialah parti yang hanya memperjuangkan kepentingan
orang Cina di negara ini, ia masih mendapat sokongan sebahagian masyarakat
India dan segelintir orang Melayu kerana termakan dengan slogan demokratik dan
ketelusannya.
Kelantangan kritikan DAP terhadap dasar
kerajaan dan parti komponen Barisan Nasional sama ada UMNO, MCA atau MIC turut
memberi gambaran seolah-olah ia adalah parti politik terbaik selaras dengan
namanya- Parti Tindakan Demokratik.
Untuk sekian lamanya, DAP berjaya menutup
sebarang kelemahan, nepotisme dan ketidakadilan dalam kepimpinan parti yang
menyaksikan pemimpin tidak sehaluan seperti Tan Sri Lee Lam Thye, Wee Chee
Keong dan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim meninggalkan parti itu. Ternyata
penguasaan Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng dalam DAP cukup kuat
sehingga siapa saja yang cuba melawan mereka tersingkir walaupun mempunyai
rekod cemerlang sebagai pemimpin parti atau wakil rakyat.
Tembelang sebenar DAP khususnya Lim anak
beranak, terserlah apabila pemilihan jawatankuasa pusat parti itu pada 15
Disember lalu menarik perhatian umum apabila tiada seorang pun calon Melayu
terpilih. Pada masa sama timbul dakwaan daripada ahli parti bahawa ibu pejabat
DAP gagal memberi notis kepada 753 perwakilan yang juga ahli sah untuk mengundi
dalam pemilihan itu.
Selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba
mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan
mengistiharkan Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir
Johari, yang sebelum itu di tangga ke-39 sebenarnya berada di tangga ke 20,
sekaligus melayakkannya sebagai ahli CEC. Insiden itu membawa kepada peletakan
jawatan Pengarah Pilihan Raya DAP, Pooi Weng Keong selain beberapa ahli parti
membuat aduan kepada pendaftar pertubuhan (ROS) mendakwa wujud unsur manipulasi
dalam keputusan itu.
Mungkin kerana menghadapi pilihan raya umum,
DAP cuba menutup isu itu manakala ada pemimpinnya menuduh ia adalah konspirasi
musuh politiknya. Pada 17 April lalu, ROS mengumumkan penyandang jawatan yang
dibentuk oleh CEC pada 15 Disember lalu adalah tidak sah. Selepas tujuh bulan
mendapat tekanan daripada pelbagai pihak termasuk ahli akar umbi serta
segelintir pemimpin parti, mesyuarat CEC pada malam rabu lalu akhirnya akur
dengan arahan ROS untuk mengadakan pemilihan semula CEC dijangka pada November
ini.
Namun, Guan Eng mendakwa ROS berat sebelah
dalam membuat keputusan berhubung isu pemilihan CEC itu. Beliau juga berkata,
pihaknya tidak faham dengan sikap ROS yang masih kekal dengan keputusan tanpa
memberi penjelasan kukuh, selain menolak keputusan CEC yang diiktiraf syarikat perakaunan.
Pengerusi DAP, Karpal Singh pula berkata
parti itu membuat keputusan mengadakan pemilihan semula CEC bagi menyelamatkan
DAP daripada dibatalkan pendaftaran. Katanya DAP terpaksa mengalah walaupun
merasakan arahan ROS tidak mengikut lunas undang-undang.
Apapun penjelasan berhubung keputusan itu, ia
wujud kepincangan yang disengajakan dalam pemilihan parti itu. Yang menjadi
persoalan apakah 'penyelewengan' Disember lalu itu kali pertama berlaku atau
pernah berlaku sebelum ini tetapi tidak terbongkar.
Soalan ini mungkin terjawab apabila pemilihan
semula diadakan nanti. Ramai berminat untuk melihat sama ada perti yang di
dominasi kaum Cina itu sedia memilih seorang Melayu menduduki CEC, bukan
dilantik seperti sebelumnya.
Perhatian juga tentu tertumpu kepada tiga
jawatan tertinggi parti yang kini disandang oleh Karpal serta Lim dua beranak.
Sekiranya mereka kekal, apa lagi tiada cabaran, sudah tiba waktunya DAP berhenti
menuduh parti lain sebagai tidak demokratik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan