Kredibiliti
parti DAP kini jatuh ke tahap sifar. Jika selama ini DAP mungkin mampu
mengaburi mata sebahagian rakyat kononnya parti itu memperjuangkan ketelusan,
tetapi kini semua orang dapat melihat sendiri betapa hipokritnya DAP. Jangankan
tidak telus, malah rasis tegar dan juga penipu besar.
Kredibiliti
DAP jatuh mendadak sejurus selepas berjaya menguasai Pulau Pinang. Dalam keadaan mabuk kuasa, warna sebenar DAP
mula terserlah dan semakin hari semakin terang dan semakin jelas.
Sama
ada parti itu ingin mengaku atau tidak, kita melihat hampir semua masalah yang
menimpa DAP hari ini adalah berpunca dari Lim Guan Eng. Sudah menjadi hukum
alam bagi mereka yang bongkak akan pasti melakukan kesilapan. Selagi mereka
tidak insaf, selagi itulah orang yang bongkak akan didera dengan kesilapan demi
kesilapan.
Inilah
yang berlaku terhadap Lim Guan Eng yang sudah terlalu besar kepala setelah
menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
Mungkin jawatan itu ditambah dengan jawatan sedia ada iaitu Setiausaha
Agong, merangkap anak kepada Lim Kit Siang pula, membuatkan Lim Guan Eng
merasakan dirinya berada di puncak kayangan.
Sejak
menerajui Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang terkenal dengan sifat angkuh menjadi
semakin bongkak. Maka tidak hairanlah beliau digelar ‘Tokong’ oleh ahli-ahli
partinya, termasuk parti sekutu serta rakyat Pulau Pinang sendiri.
Kebongkakan
Lim Guan Eng merupakan antara penyebab utama beberapa pemimpin DAP meninggalkan
parti itu dalam kemarahan, kesesalan dan kekecewaan. Antara personaliti yang
signifikan yang telah meninggalkan DAP kerana Guan Eng ialah Tunku Aziz.
Tunku
Aziz telah menyertai DAP kerana persahabatannya dengan Lim Kit Siang. Namun, Tunku Aziz akhirnya telah dipariahkan
saja oleh anak sahabatnya, Lim Guan Eng, dengan percubaan untuk merasuah
jawatan dan gaji lumayan apabila beliau mengkritik parti tersebut.
Sedikitpun
Lim Guan Eng tidak menunjukkan hormat kepada sahabat bapanya, seorang tua dan
seorang yang berjawatan tinggi di dalam parti.
Ini menunjukkan bahawa Guan Eng tidak pernah hormat kepada sesiapa
apatah lagi ahli-ahli biasa di dalam parti, terutamanya yang bukan berbangsa
Cina.
Justeru,
kita tidak terkejut apabila Guan Eng sebagai Setiausaha Agong enggan
bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku dalam pemilihan CEC. Guan Eng tidak
merasa bersalah kerana sengaja menafikan hak 753 perwakilan India untuk
mengundi. Guan Eng juga tidak merasa
malu apabila tindakannya sengaja memanipulasi undi telah terdedah.
Malah,
Guan tidak segan silu menyalahkan komputer dan membiarkan orang lain memikul
kesalahan. Hakikatnya, DAP berada dalam krisis kepimpinan yang kronik. Kepimpinan, khususnya, Guan Eng, kini menjadi
liabiliti kepada kredibiliti dan imej parti.
Kebongkakan Guan Eng menyebabkan ramai ahli dan pemimpin DAP kurang senang
dan pada bila-bila masa saja mungkin meninggalkan parti itu. Dan Guan Eng juga telah terbukti sebagai
penipu, rasis, tidak cekap dan tidak telus.
Dalam
kata lain, imej ‘telus’ yang ingin DAP paparkan hancur lebur dengan wujudnya
Lim Guan Eng di dalam parti itu.
DAP
tidak boleh bersikap seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku setelah kemelut
pemilihan CEC terdedah sehingga terpaksa mengadakan pemilihan semula. Pendedahan ini membuktikan ada sesuatu dan
seseorang yang tidak kena dan tidak menjalankan tugasnya dengan amanah.
Oleh
itu, seseorang perlu memikul kesalahan ke atas apa yang berlaku dan orang itu
tidak lain tidak bukan ialah Setiausaha Agong yang sepatutnya bertanggungjawab
ke atas proses pemilihan. Tidak mungkin tidak ada ‘kambing hitam’ yang dengan
sengaja atau tidak sengaja telah tidak menghantar jemputan kepada 753
perwakilan yang terlibat? Apakah DAP cuba menyatakan bahawa ‘kesilapan’ ini
juga merupakan salah komputer?
Sebagai
Setiausaha Agong, Guan Eng wajib meletak jawatan jika gagal mengenalpasti punca
‘kesilapan’ sehingga membawa malu dan masalah besar kepada parti. Jika Guan Eng
terlalu bongkak untuk meletak jawatan, maka DAP wajib membuktikan ketegasan dan
ketelusan dengan memecat beliau sebagai langkah memulihkan kredibiliti dan imej
parti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan