14 Ogos 2013

Stadium Bukit Jalil Mengecewakan


Dipalit dengan isu panas padang tidak berkualiti di Stadium Nasional Bukit Jalil, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) lantas meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya mencari alternatif lain untuk menyediakan venue final Piala Malaysia yang dijadualkan 3 November ini. 

Tuntutan ini sebagai persediaan awal bagi ‘mengelak berlaku kekalutan’ andai stadium itu terpaksa ditutup lebih awal daripada yang ditetapkan sebelum ini (sejurus tamat final Piala Malaysia) bagi meneruskan kerja baikpulih penukaran rumput padang. 

Kami sudah mula melakukan perbincangan dengan FAM supaya bersedia untuk menukar perlawanan akhir Piala Malaysia ke stadium lain sekiranya Stadium Nasional terpaksa ditutup lebih awal daripada yang dijadualkan,” Datuk Rozabil Abdul Rahman, Pengerusi PSM

PSM difahamkan sedia menutup Stadium Nasional Bukit Jalil pada bila-bila masa sahaja sebaik Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan tarikh yang sesuai.

Pengerusi badan berkenaan, Datuk Rozabil Abdul Rahman berkata pihaknya bercadang menutup stadium sejurus berakhir konsert Linkin Park, 19 Ogos ini bagi menyegerakan proses baikpulih dan perkara ini sudah membuat perbincangan dengan FAM sekiranya terpaksa menukar lokasi final Piala Malaysia.

“Untuk mengelakkan berlaku masalah sama pada masa akan datang, PSM bercadang untuk menutup stadium sejurus tamat konsert Linkin Park untuk memulakan kerja baikpulih dengan segera. 

“Bagaimanapun, kami sudah mula melakukan perbincangan dengan FAM supaya bersedia untuk menukar perlawanan akhir Piala Malaysia ke stadium lain sekiranya Stadium Nasional terpaksa ditutup lebih awal daripada yang dijadualkan,” katanya menerusi satu kenyataan yang dihantar kepada BH Sukan semalam.

Isu padang tidak berkualiti di stadium berkenaan memberi kesan negatif kepada imej negara ketika pertukaran gelanggang secara mengejut bagi perlawanan persahabatan antara kelab Sepanyol, Barcelona dan Harimau Malaya ke Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Selain final Piala Malaysia dan konsert Linkin Park, Stadium Nasional juga dijadualkan menjadi hos kepada perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 membabitkan pasukan negara menentang Bahrain yang bakal berlangsung pada 15 Oktober ini.

“Kami juga memastikan semua aktiviti lain seperti konsert tidak akan menjejaskan kualiti rumput dengan menetapkan pentas dibina di bahagian trek dan hanya penonton yang dibenarkan berada atas padang. Bagaimanapun, ia hanya akan dibenarkan duduk di padang sekiranya penganjur menggunakan penutup khas yang disediakan bagi mengelakkan penonton daripada memijak rumput,” katanya.

PSM juga menghargai keprihatinan ditunjukkan masyarakat berhubung keadaan padang kerana ia membabitkan imej negara.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /