15 Ogos 2013

Panji Hitam Jangan Dipandang Remeh


Polis telah selesai menjalankan siasatan terhadap lapan ahli Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara yang ditahan reman sejak 5 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya berpuas hari dengan siasatan tersebut dan mengesahkan tiada unsur keganasan dilakukan oleh kumpulan berkenaan.

"Siasatan telah pun selesai dan kami mendapati kumpulan ini lebih menjurus kepada ajaran sesat. Oleh itu, polis akan merujukkan perkara tersebut kepada Jabatan Agama Islam negeri untuk tindakan lanjut.

"Kesemua suspek mungkin akan dibebaskan selepas tempoh reman tamat pada 17 Ogos ini," katanya dalam sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur di sini hari ini.

Pada 5 Ogos lalu, polis menahan 10 individu termasuk dua wanita yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara kerana mendakwa pewaris Yang di-Pertuan Agong yang sah dan cuba mengambil alih pentadbiran Istana Negara.

Kesemua mereka yang berpakaian serba hitam dan menaiki tiga kereta ditahan ketika berhimpun di hadapan pintu 1, Istana Negara di sini pada pukul 4.10 pagi sambil membawa 13 helai bendera serta beberapa helai watikah bai'ah (perjanjian untuk taat).


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /