Suatu ketika dahulu, Pulau Pinang merupakan
antara negeri yang paling tinggi menerima pelaburan dari segi pembuatan. Malangnya, setelah lima tahun berada di bawah
pemerintahan DAP, jumlah pelaburan terus menurun dari setahun ke setahun.
Pada tahun 2010, pelaburan di Pulau Pinang
mencatat jumlah RM12.24 billion dan pada 2011 ia jatuh sehingga RM9.11
billion. Akhirnya, pada tahun 2012
jumlah pelaburan di Pulau Pinang terus merudum sehingga RM2.47 billion iaitu
penurunan sehingga 73% sekali gus
meletakkan negeri itu di tangga ke 6 dari segi jumlah pelaburan di antara semua
negeri.
Lebih malang bagi Pulau Pinang apabila
Syarikat Bosch Solar Energy telah membatalkan hasrat untuk meneruskan pelaburan
di negeri itu yang berjumlah RM2.2 billion.
Beberapa syarikat lain pula dikhabarkan telah mengeluarkan pelaburan
mereka dari Pulau Pinang.
Dengan rekod pelaburan yang mengecewakan ini,
Lim Guan Eng yang terlalu angkuh dan gemar memperlekeh pentadbiran Barisan
Nasional wajar mencermin muka sendiri.
Di manakah ‘cekapnya’ DAP jika jumlah pelaburan terus menjunam dari
setahun ke setahun? Bagaimanakah DAP
dikatakan ‘cekap’ jika masih tidak terfikir sebarang pelan bagi mengatasi
penurunan ini?
Paling menarik, DAP yang terkenal dengan
sikap rasis dilihat seolah-olah turut mengamalkan rasisme dalam menarik
pelaburan. Ini berdasarkan kenyataan BN
Batu Uban, Goh Kheng Sneah, bahawa Lim Guan Eng hanya berminat untuk menarik
pelabur dari Taiwan, China, Hong Kong dan Korea iaitu negara-negara yang
‘sebangsa’ dengannya. Walhal, selama ini
Pulau Pinang itu lebih banyak menerima pelaburan dari Amerika, Jepun, Jerman
dan Netherland.
Apa yang berlaku membuktikan bahawa Lim Guan
Eng bukanlah seorang Ketua Menteri yang bersifat ‘global’ yang mampu duduk
setanding dan sebaris dengan para pelabur asing apatah lagi berurusan dengan
duta-duta dan juga Menteri-menteri negara lain.
Sedangkan, untuk menarik pelaburan langsung asing, seorang Ketua Negeri harus
memainkan peranan besar dalam menjalinkan hubungan dengan negara-negara yang
terbabit.
Selain itu, delegasi pelaburan juga perlu
mempunyai karisma dan kebolehan untuk membuat promosi melalui media di
negara-negara terbabit iaitu perlu menjalinkan hubungan dengan akhbar dan
majalah yang berkaitan.
Melihat dari cara DAP mentadbir di mana
pembentangan projek mega seperti terowong bawah laut yang kontroversi juga
boleh tersalah taip dan mengira undi CEC yang tidak sampai 2000 juga boleh
tersalah kira, maka kita memahami kenapa pelaburan di Pulau Pinang merudum.
DAP, khususnya, Lim Guan Eng, Ketua Menteri
Pulau Pinang, tidak mempunyai karisma dan kebolehan yang diperlukan untuk
meyakinkan para pelabur. Lebih dari itu,
reputasi dan imej beliau sebagai samseng, diktator dan penipu semakin tersebar
dan terpahat kukuh sehingga menimbulkan rasa ‘cuak’ di kalangan pelabur.
Selain dari pelancongan, Pulau Pinang banyak
bergantung kepada pelaburan dari segi ekonomi.
Walaupun begitu, Lim Guan Eng nampaknya tidak begitu risau dengan apa
yang berlaku. Malah, beliau lebih
berminat untuk ‘meraikan’ kuasanya di negeri itu melalui projek merepek seperti
membina ‘Burung Ubah’.
Di awal pemerintahannya pula, Lim Guan Eng
sibuk mencabar agama Islam sambil memperkukuhkan kedudukan Kristian di negara
ini. Beliau juga sibuk berpolitik
menyerang UMNO dengan tidak henti-henti membangkitkan isu perkauman.
Kini sikap Guan Eng yang rasis, tidak
prihatin dan samseng mula membawa kesan buruk kepada Pulau Pinang. Dengan reputasi Guan Eng yang cukup buruk
sebagai Setiausaha Agong Parti, dan kelemahannya sebagai Ketua Menteri, DAP
wajar memikirkan semula kedudukannya di dalam parti.
Apakah hanya kerana beliau merupakan anak
kepada Lim Kit Siang maka semua orang perlu menutup mata atas segala kebebalan
beliau? Atau apakah benar tiada siapa
yang lebih layak dari Lim Guan Eng untuk menerajui Pulau Pinang, mahupun
memegang jawatan Setiausaha Agong di dalam parti DAP?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan