Siapa pun tidak
menyangka kisah seorang pelakon lelaki kacak didakwa mempunyai hubungan sulit
dengan isteri orang. Menerusi laporan media, pelakon berusia 32 tahun itu
dikhabarkan sedang dalam siasatan polis
apabila seorang ahli perniagaan dari Johor mendakwa pelakon itu mempunyai
skandal dengan isterinya.
Adi Putra turut
didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan isteri ahli
perniagaan terbabit. Skandal ini dipercayai dikesan oleh suami wanita terbabit
di Johor sekitar awal Ogos lalu.
Adi Putra juga
membuat laporan polis kerana menerima ugutan dari ahli perniagaan tersebut.
Melalui salinan laporan polis itu, Adi Putra mengadu bahawa lelaki tersebut
telah menghina dan menjatuhkan maruahnya serta
menyuruh dia menceraikan isterinya.
Lelaki berkenaan
turut mengatakan bahawa dia akan memastikan kerjaya Adi Putra hancur. Pelakon
KL Gangster ini dalam kenyataannya mengaku ketika dihubungi lelaki tersebut
pada 7 Ogos lalu, dia telah memasang loudspeaker sambil perbualan mereka
didengari isterinya, Aida.
Ketika pihak media cuba
mendapatkan penjelasan pelakon kelahiran Singapura itu, dia mengelak untuk ditemui. Bagaimanapun ikuti penjelasan daripada ahli
perniagaan tersebut yang dikenali sebagai Amiruddin Osman.
'Saya mahu dia keluar
Malaysia!'
Boleh
anda jelaskan situasi yang berlaku?
AMIRUDDIN:
Sebenarnya, isteri saya merupakan peminat fanatik pelakon itu. Malah, isteri
saya turut memaklumkan kepada saya bahawa mereka turut berhubung melalui
aplikasi sosial, WhatsApp dan Instagram. Pada 1 Ramadan ketika sedang bersahur
ketika pelakon itu berada di Kota Suci, saya terbaca kandungan perbualan di
WhatsApp yang berbaur lucah yang disertakan gambar. Saya sangat terkejut
melihat tindakan keterlaluan mereka dan terus bertanya kepada isteri mengenai
perkara itu. Isteri saya memberitahu bahawa pelakon itu yang memulakan terlebih
dahulu dan mereka saling berkongsi gambar.
Adakah
anda pasti, gambar itu dihantar pelakon terbabit?
AMIRUDDIN: Sudah
pasti, kerana perkara ini turut diakui oleh isteri saya. Malah, gambar yang
dihantar pelakon itu kepada isteri saya adalah di lokasi penginapannya di Kota
Suci ketika mengerjakan umrah. Lokasi gambar itu turut disahkan rakannya yang
turut berada di sana. Walaupun mereka tidak pernah berjumpa, namun selepas kes
itu, hubungan saya dan isteri mula renggang dan sering bergaduh.
Kenapa
baru sekarang anda mahu ambil tindakan?
AMIRUDDIN: Saya cuba
mendapatkan kerjasama daripada pelakon itu untuk berbincang mengenai perkara
ini, namun dia tidak mahu. Saya tidak pasti, adakah dia ego ataupun malu untuk
berjumpa. Apabila niat saya untuk berbincang secara baik tidak dihiraukan, saya
tampil membuat laporan polis kerana tertekan dengan perkara ini.
Anda
seperti menyalahkan pelakon itu sahaja....
AMIRUDDIN: Tidak,
dua-dua salah. Saya tak kata dia saja yang salah, orang rumah saya pun salah
juga. Namun, dalam hal ini, dia perlu bertanggungjawab dan sebagai selebriti,
dia tidak sepatutnya berbuat demikian apatah lagi kepada isteri orang. Tetapi,
melihat kepada kandungan perbualan mereka, pelakon itu yang memulakannya
dahulu. Sebagai peminat fanatik, isteri saya terus termakan pujukan dan
kata-katanya sehingga bertindak 'melayan' permintaan pelakon itu.
Saya sendiri tidak
sangka dia sanggup berkelakuan seperti itu apatah lagi ketika itu dia sedang
mengerjakan umrah. Sebelum perkara ini diketahui umum, saya sudah memberi
peringatan kepadanya menerusi gambar yang dimuat naik isterinya di Instagram
ketika dia dimasukkan ke wad. Namun, ketika itu saya di hambur kata-kata kesat
oleh peminat fanatiknya di laman sosial.
Menerusi
laporan polis yang dibuat, pelakon itu mendakwa anda mengugut untuk
menghancurkan karier dan memastikannya keluar dari Malaysia. Benarkah?
AMIRUDDIN: Memang
saya mahu dia keluar dari Malaysia kerana dia tidak menghormati undang-undang
negara kita. Sebagai rakyat Singapura, dia perlu peka mengenai perkara ini dan
tidak membuat masalah yang boleh mencabar undang-undang. Saya minta agar masyarakat
dan peminat yang terlalu obses dengannya 'celik
mata'.
Setelah
dua bulan perkara ini berlaku, bagaimana pula hubungan anda dengan isteri?
AMIRUDDIN: Kami masih
tidak seperti dulu. Namun, hubungan ini diharapkan dapat dipulihkan walaupun
mengambil sedikit masa. Saya tahu, setiap orang pasti melakukan kesilapan.
Lagipun, dia sudah menginsafi kesalahan itu dan berjanji tidak akan
mengulanginya lagi.
Ps : Gambar Yang Dipaparkan Adalah Merupakan Gambar Hiasan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan