Pemilihan CEC DAP
terus menjadi topik perbincangan hangat di kalangan ahli-ahli DAP. Setakat ini,
semua pihak menantinya dengan penuh prejudis. Beberapa rungutan telah pun
kedengaran terutama di kalangan perwakilan berbangsa India.
Nampaknya, DAP sekali
lagi meminggirkan mereka dalam dialog awal yang diadakan dengan para perwakilan.
Dialog yang diadakan khas bagi menghadapi pemilihan semula tersebut disyaki
bertujuan untuk ‘mengatur’ kekalahan
atau kemenangan individu-individu tertentu. Dengan peminggiran perwakilan dari
kaum India dari dialog ini, memperlihatkan yang DAP sememangnya berniat untuk
mempermainkan mereka sekali lagi.
Justeru, tidak
mustahil apa yang berlaku dalam pemilihan sebelum ini bakal berulang di mana
753 perwakilan dari kaum India tidak dijemput. Setelah meminggirkan kaum India
serta memanipulasi kaum Melayu dalam pemilihan terdahulu, kepimpinan DAP
berhadapan dengan risiko yang lebih besar akan ditolak oleh kedua-dua kaum ini
dalam pemilihan semula ini.
Di masa yang sama,
tidak semua kaum Cina di dalam DAP menerima baik kepimpinan kuku besi Guan Eng.
Sikap Guan Eng yang angkuh sudah lama menjadi liabiliti kepada parti. Ini
kerana, DAP sepatutnya tidak perlu melalui segala episod yang memalukan
sehingga terpaksa mengadakan pemilihan semula, sekiranya Guan Eng benar-benar
punya kredibiliti, bijak dan jujur dalam memimpin parti.
Tidak keterlaluan
dikatakan bahawa imej dan kredibiliti DAP hancur kerana Lim Guan Eng. Guan Eng
sendiri tahu bahawa tiada jaminan yang semua perwakilan Cina akan memilihnya. Mengenali
sikap samseng, angkuh dan kuku besi
Guan Eng, beliau tidak mungkin akan mengambil risiko dirinya dan orang-orang
pilihannya kalah dalam pemilihan.
Di masa yang sama,
para perwakilan yang menolaknya juga pasti sedang mengatur rancangan untuk
menyingkirkannya dan juga orang-orangnya. Jelas, kedudukan Guan Eng benar-benar
bahaya pada ketika ini.
Dalam keadaan ini,
semua orang melihat pemilihan semula DAP ini bakal menjadi pemilihan yang dua
kali paling tercemar dalam sejarah politik negara. Ini kerana, Guan Eng tidak
mungkin akan membenarkan dirinya tersingkir dengan apa cara sekali pun.
Bak kata orang,
sebuah penipuan hanya boleh ditutup dengan penipuan yang lebih besar. Setelah
menipu dalam pemilihan awal, dan sedang mengatur cara untuk menutup penipuan
itu dalam pemilihan semula, maka inilah disarankan agar ahli-ahli DAP belajar
menyesuaikan diri untuk ditipu selama-lamanya oleh pemimpin mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan