Hati wanita mana yang
tidak kecewa dan patah apabila diceraikan oleh si suami. Lebih-lebih lagi jika
diceraikan secara SMS dan bukannya bersemuka. Namun semuanya sudah tertulis.
Walaupun kecewa Rita Rudaini nampaknya redha dengan takdir yang menimpa
dirinya.
Kata Rita Rudaini :-
Alhamdulillah semuanya sudah berakhir, jodoh kami setakat di sini saja, dengan keputusan ini berakhirlah semua konflik rumah tangga saya selama ini.
Bagaimanapun saya
kesal kerana Aidil tidak sabar dan bertindak terburu-buru menceraikan saya tanpa
proses yang sepatutnya. Bagi saya tindakan Aidil ceraikan saya melalui SMS ini
umpama menghina saya sebagai seorang isteri dan wanita serta mahkamah.
Untuk tatapan pembaca,
berikut adalah SMS cerai yang dihantar oleh Aidil kepada Rita:-
Ni kau nak dgr sendiri kan. Hari ni aku ceraikan kau talak 1. jelas ye.. salam.. saya penat dah nak ikut rentak awak ni. tahap kesabaran sy dah terbatas. nak selesai secara elok awak taknak. nak panjang2kan. Pas tu sebok cari hal dgn sy. skrg dah jelas ye
SMS daripada Aidil
telah pun dibalas oleh Rita dengan “Alhamdulillah.. Saya terima“.
Rita Rudaini turut
mendoakan agar Aidil bahagia sekiranya bertemu jodoh dengan wanita lain. Kata
Rita lagi:-
Semuanya sudah selesai, saya berharap jika Aidil ditakdirkan mempunyai jodoh dengan wanita lain, saya doakan dia bahagia dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai suami.
Semoga kedua-duanya
akan bahagia dengan kehidupan masing-masing selepas ini.
Jangan gaduh-gaduh
lagi untuk kepentingan anak-anak hasil perkahwinan anda. Sama-samalah kita
doakan yang terbaik untuk mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan