07 September 2013

Apakah Yang Kamu Mahukan Anwar?




Bertahun lamanya Anwar Ibrahim menawan hati ramai pihak dengan karisma dan kebolehannya untuk bercakap. Namun begitu lama kelamaan rakyat Malaysia telah dapat melihat di sebalik lakonan Anwar Ibrahim.

Bukan sekali beliau mengamuk dan menunjukkan dirinya yang sebenar. Contohnya apabila beliau menulis di dalam laman twitter miliknya yang berbunyi “Apa lagi yang UMNO mahu?”. Ini menyebabkan perdebatan hebat tentang keperibadian Anwar dari kedua-dua belah pihak di dalam dunia politik Malaysia.


Tanpa sebarang maruah dan harga diri, beliau memanggil rakan-rakan lamanya di dalam politik sebagai “histeria” apabila mendapat respon negatif daripada rakan-rakannya akibat daripada isu beliau menghadap PM Najib untuk kerajaan perpaduan dan ramai di antara mereka yang mempersoalkan tindakan beliau untuk bekerjasama dengan parti UMNO.

Ironinya, beliau mengeluarkan kenyataan yang sama dengan Utusan Malaysia “Apa lagi Cina Mahu?” sebaik sahaja berakhirnya pilihanraya pada 5 May 2013 yang lepas. Kami ingin bertanya pula kepada Anwar Ibrahim: Apakah Yang Kamu Mahukan, Anwar? Segala-galanya sudah terlewat bagi kamu!

Siapa yang tidak tahu, walaupun melalui zaman kejatuhannya semasa beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar tidak berputus asa untuk mengambil alih Putrajaya. Semua impiannya telah hancur berkecai dan akhirnya beliau telah bertukar daripada menjadi ikon pemimpin generasi baru kepada seorang manusia yang lidah bercabang dan sikap sesumpah beliau yang sering bertukar-tukar pendirian sesuka hatinya.

Selepas Pilihan Raya Umum ke 13 pada 6 May di dalam satu sesi temu ramah di dalam BBC, sebagai Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim telah menghasut para pengikutnya untuk melakukan protes selepas BN memenangi pilihanraya tersebut dikatakan dengan cara penipuan.

Anwar tidak mahu menerima keputusan pilihanraya, dan menuduh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah membantu BN untuk mencapai kemenangan. Pakatan Rakyat pula telah memfailkan bantahan petisyen kepada mahkamah iaitu di 27 kawasan untuk membuktikan “kebenaran” tuduhan mereka. Adakah ini dikira sebagai suatu perkara yang ikhlas?

Pada malam hari merdeka Anwar telah mengeluarkan kenyataan: “Meraikan kemerdekaan adalah dengan mengetahui perkara baik yang perlu dilakukan dan tidak mengulangi kesalahan yang lepas… Tidak mengira protes kami terhadap pilihanraya, kami sudah bersedia untuk menolak segala perbezaan untuk kebaikan negara ini. Oleh itu, kami berharap ia adalah penting untuk Perdana Menteri mengadakan satu perbincangan di antara kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat,”. Adakah ini dikira sebagai berprinsip?

Sekiranya Anwar benar-benar mahu bercakap tentang perpaduan, beliau perlu melakukannya sebelum atau selepas pilihanraya, dan bukannya membuat tuduhan melulu, menganjurkan himpunan Black 505 dan akhirnya ingin berbaik semula! Sekarang- kita seolah-olah melihat seorang budak kecil yang meragam disebabkan tidak mendapat sesuatu- dalam konteks Anwar Ibrahim, kegagalan beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Semasa sambutan Festival Belia 2013 pada bulan Mei yang lepas, PM Najib telah menyatakan bahawa ketua pembangkang adalah seorang manusia yang tidak berprinsip apabila seringkali mungkir janji dan gagal untuk menerima keputusan PRU-13 dan sering mengamuk apabila beliau kalah pilihanraya.

Barapa kali Anwar Ibrahim telah gagal untuk menepatu janji dan prinsip beliau dalam sesuatu kenyataan ataupun pengakuan? Pada September 2008, beliau menyatakan bahawa lebih daripada 31 ahli parlimen BN akan lompat parti kepada PR tetapi gagal untuk menyatakan nama 31 orang ahli parlimen tersebut. Tetapi tiada apa-apa yang berlaku. Adakah beliau jujur dengan kata-katanya?

Beliau sepatutnya bersara dengan aman selepas perkara tersebut, namun atas delusi yang amat parah untuk menjadi PM Malaysia, semakin lama Anwar Ibrahim semakin asyik dengan impiannya yang tidak kesampaian itu.

Wall Street Journal pernah melaporkan bahawa Mantan Timbalan Presiden Indonesia pernah menjadi perantara sidang damai antara Anwar Ibrahim dan pihak pemerintah. Sidang rahsia itu adalah untuk kedua-dua belah pihak menghormati keputusan pilihanraya pada 5 Mei 2013.

Jusuf Kalla telah menyatakan persetujuan antara kedua-dua belah pihak untuk menghormati keputusan pilihanraya dan tidak menjalankan serangan peribadi kepada mana-mana pihak. Namun begitu Anwar Ibrahim telah mengadakan protest bagi membantah keputusan pilihanraya tersebut. Beliau juga telah menjalankan kempen fitnah kepada ramai tokoh-tokoh BN walaupun sebenarnya Anwar Ibrahim lah yang telah mencadangkan perjanjian itu dilaksanakan.
 
Sikap buruknya makin terserlah apabila beliau mencanang pula tentang kerajaan perpaduan yang timbul pada bulan Jun. Selepas itu, beliau berkata pula tiada proposal kerajaan perpaduan diajukan kepada PM Najib dan menyatakan bahawa idea itu datangnya dari rakyat Malaysia.

Nota: Pada masa itu, Anwar menidakkan semua pertuduhan bahawa beliau telah menghadiri satu perjumpaan dengan Perdana Menteri Malaysia di Istana Presiden Indonesia di Jakarta semasa kedua-dua mereka berada di negara tersebut. Anwar berkata dia hanya berjumpa Presiden Susilo dan Mantan Timbalan Presiden Jusuf Kalla di Bali dan Jakarta secara berasingan.

Jadi mengapa beliau mencetuskan semula isu kerajaan perpaduan dan terus menerus mengamuk di Twitter sekiranya beliau mendapat respon negative?

Mungkin Anwar dapat melihat kebinasaannya di hujung cerita ini dan kebarangkalian beliau untuk menjadi Perdana Menteri hanyalah angan-angan kosong belaka. Agaknya kerana itulah beliau terlalu terdesak untuk menukar hala tuju politiknya dan kembali semula kepada BN. Adakah ini tokoh yang mempunyai prinsip?

Dalam usahanya untuk berlakon baik, Anwar telah didapati telah menyatakan bahawa beliau menerima pendapat bahawa PM Najib mencadangkan bahawa kerajaan perpaduan diwujudkan. Manakala pejabat Perdana Menteri Malaysia telah menyangkal kenyataan Anwar Ibrahim ini. JPM telah menyatakan bahawa perbincangan tidak dapat dijalankan secara serius selagi Anwar dan konco-konconya menolak dan mempersoalkan keputusan PRU-13 yang lalu.

Perkataan dan perbuatan Anwar Ibrahim jelas sekali gagal dari sudut prinsip, moral dan integrity. Secara jelas, dia sangat terdesak dan sanggup berbuat apa sahaja untuk tampil masih relevan dengan reality politik Malaysia. Namun, beliau telah lama menjadi lapuk dan tidak berguna lagi.

Telah tiba masanya Anwar Ibrahim berundur daripada terus menggunakan tipu helah untuk bermain politik kotor acuannya sendiri. Jelas, beliau akan terus menukar pendirian dan matlamat, selagi mana ianya memuaskan nafsu politik beliau.

Sebagai seorang pakar manipulasi, cara serampang dua mata Anwar Ibrahim adalah satu indikasi bahawa beliau telah lama tidak relevan di dalam dunia politik. Jujur dan berpendirian? Anda tentukan siapa Anwar Ibrahim.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /