06 September 2013

Apabila Pondan Peluk Islam Dan Kahwin




Bekas tentera, Lucy Vallender menjadi maknyah pertama di Britain yang memeluk Islam dan telah berkahwin dengan seorang lelaki, Murad, yang dikenalinya melalui media sosial. Murad bagaimanapun tidak mengetahui bahawa Lucy adalah lelaki ketika berkenalan. Namun kini Lucy telah diharamkan daripada memasuki masjid selepas dia enggan bersembahyang dalam saf lelaki.

“Saya mempunyai naluri perempuan sejak berusia 14 tahun dan telah melakukan pelbagai perkara untuk melupakan naluri berkenaan, namun gagal. Saya kemudiannya menyertai tentera sebagai cubaan akhir untuk melupakan keadaan itu, namun ternyata ia juga gagal,’’ katanya.


Lucy berkata, dia pernah mempunyai teman wanita, namun hatinya tidak dapat menerima wanita tersebut menyebabkan dia mula menjalani terapi hormon dan menjalani pembedahan tukar jantina. Dia kemudiannya memeluk Islam pada bulan September lalu kerana agama Islam mengajar manusia mengenai erti keamanan.

“Saya melakukannya kerana ia adalah agama yang mendamaikan dan saya gembira kerana memeluk Islam,’’ katanya.

Lucy kemudiannya mengahwini Murad dalam satu majlis ringkas.

“Saya sayangkan dia. Kami hanya bertemu dua kali selepas berkahwin. Saya tidak memberitahunya bahawa saya menjalani pembedahan tukar jantina.

“Tapi saya tahu dia mengetahuinya kerana pernah melihat parut saya,’’ katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /