Aktor Zain Saidin mengakui ada pihak yang cuba menggagalkan rancangan
perkahwinannya bersama kekasih, Rozita Che Wan dengan membuka aib termasuklah
kisah-kisah silam wanita tersebut.
Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin
memberitahu, "Ada seseorang datang kepada saya dengan bercerita
macam-macam kisah buruk Che Ta agar saya menarik balik keputusan untuk berumah
tangga dengannya termasuklah bercerita kisah dia yang lepas."
Mengakui terganggu dengan tuduhan tersebut, Zain walaubagaimanapun percaya
dengan bakal isterinya itu selepas Rozita menjelaskan bahawa tohmahan tersebut
adalah fitnah semata-mata.
"Saya tanya Che Ta sendiri kisah-kisah yang saya dengar itu dan
selepas penjelasan dibuat, saya tidak ragu-ragu untuk mengambilnya sebagai
isteri," ujar aktor berusia 29 tahun ini.
Zain dan Rozita, 40, telah merancang untuk berkahwin pada Disember akan
datang di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.
Aktor "Oh My
English" ini turut berhasrat untuk menunaikan umrah di Mekah bersama
Rozita selepas mereka mendirikan rumah tangga nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan