A Samad Said ditahan
polis di rumahnya di Bangsar, kira-kira jam 12.40 pagi tadi dan dibawa ke Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk membantu siasatan
berhubung pengibaran bendera Sang Saka Malaya. Dia dikatakan disoal siasat
selama hampir dua jam selepas tiga anggota polis mengambilnya di rumah
berhubung insiden pada malam ambang kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, Kuala
Lumpur.
“Pak Samad dibebaskan
kira-kira jam 2.30 pagi selepas keterangannya diambil,” kata ‘anak ikan Anwar', Adam
Adli.
Samad diwakili
peguam, Latheefa Koyak dan Eric Paulsen.
Sebelum ini, polis
turut menahan dan menyoal siasat ‘gay tua’ Hishamuddin Rais dan Adam Adli di bawah
Akta Hasutan 1948 semalam. Insiden kibaran bendera Sang Saka Malaya itu turut
tersebar dalam laman sosial Youtube.
Berlaku ketegangan
apabila kelibat seorang pemuda yang ‘menyekolahkan’
kumpulan ‘lembu-lembu’ tersebut
berkata "Itu bendera
Malaysia."
Selain itu, tiga NGO membuat
laporan polis berhubung insiden itu.
Ikatan Rakyat Insan
Muslim Malaysia (IRIM) dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM)
membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul manakala Gagasan
Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) menggesa polis mengenakan tindakan tegas
mengikut Akta Hasutan terhadap kumpulan ‘lembu-lembu’
yang mengibarkan Sang Saka Malaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan