Baru-baru ini heboh
tersebar di internet tentang filem Tanda Putera kononnya terdapat banyak
kesilapan seperti adanya ‘Air-Cond’, Proton Iswara, ‘Smoke Detector’, CCTV dan
banyak lagi sedangkan scene filem itu adalah pada tahun 1960-an. Ianya
dibuktikan dengan beberapa gambar yang dikatakan scene dari filem sebagai bukti
kepada orang ramai.
Pihak kami dah
menonton filem ini sebanyak 2 kali. Pertamanya ketika tayangan media tempohari
dan yang terbaru sekali lagi kami menonton di Midvalley bersama keluarga di
hujung minggu. Kalau belum baca ulasan, boleh baca review yang dah disediakan
sebelum ini. Cuma apa yang menghairankan, 2 kali kami tonton tu, tiada sekali
pun kami perasan tentang kelemahan-kelemahan yang di hebahkan itu.
Tentang tuduhan yang
dilemparkan, sekalipun memang tak pernah nampak. Jadi untuk mendapatkan
penjelasan tentang hal ini, pihak penerbitannya telah bersuara untuk menafikan
tuduhan semua kelemahan tersebut.
“Ada usaha untuk sengaja aniaya dan memboikot filem Tanda Putera secara berterusan. Mereka ambil gambar-gambar dari galeri kami untuk tunjukkan aircond, kereta, smoke detector, cctv dan sebagainya. Sebenarnya semua ini gambar rujukan/gambar still camera. Dalam filem alat2 ini & prop2 moden dah dibuang melalui kesan khas.Jadi kalau ada yang mengaku dia dah tengok filem ini dan nampak kesilapan ini, mereka BOHONG. Sah-sah mereka belum menonton pun. Ianya sengaja dicipta untuk membuatkan penonton hilang minat untuk menonton filem ini.Apa pun nilai lah sendiri bila dah tengok. Pendapat semua orang berbeza-beza. Ada yang suka dan tentulah ada yang tidak. Tapi janganlah sampai kata yang bukan-bukan.”
Jadi inisiatif kami, untuk
meleraikan perkara ini diharapkan diambil kira oleh orang ramai agar tidak
terus percaya dengan hebahan yang menuduh dengan sembarangan. Elakkan kita
diperbodohkan dengan tipu-helah untuk sabotaj sesetengah filem.
Kita sendiri ada
mata, ada akal dan ada fikiran, kita sendiri boleh tonton dan nilaikan sendiri.
Buat apa perlu dengar kata orang sedangkan jelas pandangan kita dan mereka
sentiasa berbeza dalam pelbagai perkara. Apapun semuanya terletak di tangan
anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan