Syarikat pengeluar
telefon pintar dan tablet terbesar dunia Samsung telah melancarkan Galaxy Note
III secara rasmi baru-baru ini. Model terbaru ini
akan mempunyai skrin Super AMOLED bersaiz 5.7 inci dengan resolusi HD penuh
1080p. Galaxy Note III ini lebih nipis dari model sebelumnya iaitu hanya 8.3mm
dan beratnya adalah 168 gram.
Rekaannya juga tampak
lebih premium, dengan bahagian belakangnya masih menggunakan plastic
polikarbonat tetapi nampak seperti kemasan kulit dengan jahitan.
Kapasiti baterinya
juga dipertingkatkan kepada 3,299 mAh, selain kamera utamanya 13 megapiksel
dilengkapi dengan teknologi 'Smart Stabilization' dan 'high CRILED flas',
dimana ia membolehkan pengguna mengambil gambar yang tajam dan cantik walaupun
ketika kurang pencahyaan.
Apa yang menariknya
adalah kameranya juga menyokong rakaman video dengan resolusi 4K.
Dengan RAM 3GB dan
pilihan cip pemprosesan Exynos 5 Octa-core untuk model 3G dan Snapdragon 800
Quad-core untuk model LTE, prestasi Note III dikatakan cukup hebat dan
berkuasa.
Memorinya pula adalah
32GB atau 64GB. S-Pen pada Note III ini dipertingkatkan dengan beberapa fungsi
baru seperti AirCommand, Action Memo, Scrapbook, Screen Write dan Pen Window.
Galaxy Note III akan
mula dijual pada 25 September ini tetapi masih belum ada maklumat sama ada
Malaysia akan mendapatnya pada tarikh tersebut atau tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan