Perubahan imej
dirinya yang lebih banyak mengenakan serban dalam penampilannya sejak
akhir-akhir ini menjadikan pelakon Iqram Dinzly bahan bualan mulut banyak pihak
terutama peminat dan para penggiat seni lain. Persoalan tercetus sama ada dia
telah membawa diri ke satu sisi lain untuk lebih menjiwai agama Islam atau cuba
menarik diri daripada dunia hiburan?
Terdapat juga pihak
tertentu yang mengaitkan dirinya dengan mendakwa dia telah menyertai parti
politik tertentu. Ikuti temu bual bersama pelakon drama Janji Diana itu.
Bolehkah
Iqram komen mengenai perubahan imej anda yang dikatakan agak Islamik seperti
pemakaian serban melalui gambar-gambar yang dikongsikan di laman Instagram?
Sebenarnya, tidak ada
jawapan khusus mengapa saya mengenakan serban ataupun lilitan di kepala kerana
perkara ini datang dengan spontan. Saya mula memakai serban sejak Ramadan tahun
lepas lagi. Cuma, pada tahun ini saya pelbagaikan untuk seiring dengan fesyen.
Adakah
ini petanda Iqram cuba tunjukkan bahawa diri anda sudah berubah ke arah yang
lebih Islamik?
Saya kini cuba
mendalami agama sebanyak yang boleh dan saya anggap perubahan ini seiring
dengan usia yang semakin meningkat. Tidak ada apa yang pelik mengenai diri
saya. Serban ini hanya menukar sedikit
sahaja daripada penampilan saya tetapi bukan diri saya secara keseluruhan. Saya
tetap Iqram yang dulu. Pemakaian serban juga menjadi amalan nabi-nabi dan tidak
ada salahnya untuk mempraktikkannya kembali dengan cara yang lebih moden
mengikut pengedaran zaman.
Jika
begitu, bolehkah Iqram huraikan mengenai pemilihan pemakaian serban ini?
Seperti memakai topi
atau apa-apa aksesori kepala lain, pemakaian serban atau lilitan di kepala juga
boleh dijadikan satu aksesori yang menambah sedikit kelainan dalam penampilan.
Saya kurang gemar memakai songkok atau pun kopiah. Kerana itu saya memilih serban
atau pun kain penglilit kepala.
Adakah
Iqram akan mengekalkan penampilan berserban ini dalam setiap kemunculan di
khalayak?
Insya-Allah saya akan
kekalkan. Penampilan ini juga menjimatkan kos saya sebenarnya kerana saya tidak
perlu fikir mengenai gaya rambut atau ke salon atau pun berada berjam-jam di
hadapan cermin untuk memastikan rambut saya berada dalam keadaan yang menarik
(ketawa).
Aktiviti
Iqram dalam dunia hiburan juga semakin berkurangan. Adakah ini sebahagian
daripada cubaan untuk bersara atau anda merajuk hati?
Saya kini lebih
selektif dalam memilih tawaran untuk memberi ruang kepada saya untuk melakukan
apa yang tidak dapat saya lakukan sebelum ini. Kini saya boleh seimbangkan
kehidupan saya yang dahulunya tersekat dalam kelompok yang sama. Saya hanya
mengurangkan sedikit sahaja aktiviti dalam dunia hiburan tetapi tidak bermakna
saya merajuk atau pun ingin bersara dari dunia ini.
Adakah
Iqram juga ingin berhijrah seperti rakan-rakan artis yang lain?
Perkataan hijrah
tidak sesuai digunakan kepada penggiat seni seperti saya kerana jika ingin
berhijrah, maknanya lupakan terus dunia hiburan. Mencecah usia 30-an seolah
bermulanya satu anjakan paradigma dalam diri saya yang mematangkan pemikiran
serta tingkah laku. Namun, tidak mungkin saya berhenti terus dari dunia lakonan
ataupun dunia hiburan kerana ia telah sebati dalam dirinya.
Kini saya lebih
banyak memenuhi undangan pengacaraan berbanding undangan lakonan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan