Datuk Seri Nazri
Aziz hari ini mengesahkan
kementeriannya, Pelancongan dan Kebudayaan secara rasmi telah menarik balik
karya seni lukisan "I For Idiot" yang dikatakan menghina agama Islam.
Menurut beliau, ketika pihak penganjur datang kepada kementeriannya untuk
memohon permit pameran, mereka tidak menunjukkan kesemua lukisan termasuk karya
tersebut.
"Kita tidak tahu
mereka menipu ketika dibentangkan kepada Balai Seni Visual kita tidak ditunjuk
dengan lukisan seperti itu," kata beliau kepada wartawan selepas
merasmikan pelancaran 50 tahun ulang tahun Muzium Negara di Kuala Lumpur.
Tegasnya, kini
perkara itu berada dalam siasatan polis.
"Perkara ini
sudah dibawa ke pihak polis biar mereka menyiasat hal tersebut, kita tidak akan
mengenakan apa-apa tindakan selain dari menarik palik pameran karya tersebut.
"Apa yang
penting sekarang karya tersebut sudah digantung dan sekiranya mereka tetap
berdegil mempamerkan maka kita tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan lagi
tegas," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan