Polis menahan seorang
pelajar perempuan 15 tahun dan masih memakai uniform sekolah ketika berasmara
dengan kekasihnya berusia 21 tahun di belakang sebuah sekolah menengah di
Kulim, kira-kira jam 4 petang semalam. Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan
Ghuzlan Saleh berkata, polis menerima aduan dari orang awam sebelum menahan
pasangan terlibat.
Ketika pemeriksaan
dijalankan, polis mendapati pelajar perempuan sudah membuka tudung dan
berkelakuan sumbang bersama teman lelakinya.
“Lelaki tidak bekerja
dan tinggal bersama abangnya di sebuah taman perumahan di sini. Polis
menasihati pasangan itu untuk tidak mengulangi perlakuan yang dilakukan sebelum
mengarahkan mereka beredar,” katanya.
Tidak berakhir di
situ, mereka kemudiannya ke rumah lelaki berkenaan dengan harapan selamat dari
gangguan pihak berkuasa. Bagaimanapun, perbuatan mereka disedari penduduk dan
memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) untuk membuat
serbuan.
Ketika serbuan,
pasangan perempuan cuba menyembunyikan diri dalam almari baju gagal mengaburi
mata pihak berkuasa. Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk
membuat laporan dan ditahan untuk dirakamkan keterangan.
Ghuzlan menasihatkan
ibu bapa supaya bersikap lebih peka terhadap pergerakan anak-anak mereka dan
jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab. Katanya, semakin ramai pelajar
perempuan ditahan kerana berkelakuan sumbang.
“Minggu ini sahaja,
empat pelajar sekolah terdiri dari dua pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan
berusia di antara 16 hingga 17 tahun ditahan polis bersama Skim Rondaan
Sukarela (SRS) ketika membuat rondaan cegah jenayah.
“Mereka ditahan
ketika berkelakuan sumbang di taman permainan di sini kira-kira jam 1 pagi. Dari
soal siasat, pasangan itu mengaku ingin melakukan hubungan terlarang di taman
permainan di mana mereka ditahan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan