Seorang lelaki
berusia 19 tahun tahun terpenggal diri sendiri dengan helikopter kawalan jarak
jauhnya. Roman Pirozek Jr bermain dengan helikopternya di sebuah taman di
Brooklyn kelmarin apabila dia gagal mengawal dan menyebabkan helikopter itu
menerjah dan melibas kepalanya.
Kipas itu membelah
sebahagian kepalanya sebelum melibas lehernya. Pirozek peminat tegar model
helikopter dan menjadi naib presiden kelab hobi tempatan. Dia sering memuat
naik video menunjukkan dia bermain helikopter di YouTube.
Satu daripada rakaman
menunjukkan dia mengawal helikopter Trex 700 dengan melakukan pelbagai aksi.
Sementara itu, satu lagi menunjukkan dia membiarkan sebuah helikopter berharga
AS$1,500 (RM4,950) menjunam dari udara sebelum menghidupkan semula rotor ketika
helikopter itu berada beberapa inci dari kepalanya.
Dalam kejadian
kelmarin, helikopter kawalan jarak jauh yang digunakannya mempunyai rotor
sepanjang 158 sentimeter yang berputar selaju 2,000 putaran seminit. Beratnya
kira-kira 2.8 kilogram. Pirozek mati di tempat kejadian. Gambar yang dirakam di
tempat kejadian menunjukkan komponen helikopter itu bertaburan berhampiran
mayatnya.
“Dia memang terkenal
dengan sifat agresif apabila bermain helikopter,” menurut sumber polis.
Menurut polis,
pesawat itu jatuh dari udara dan melibas kepala dan lehernya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan