Menteri Pertahanan
Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyokong cadangan agar elaun minyak bagi
anggota Kabinet dan pegawai kerajaan dipotong ekoran kenaikan harga minyak yang
diumumkan perdana menteri Isnin lalu. Beliau juga sedia jika langkah tersebut
mampu mengukuhkan keadaan ekonomi negara, kata Hishammuddin seperti dipetik
dalam laporan akhbar hari ini.
“Kalau kita mahu
rakyat melihat situasi ini (pengurangan subsidi minyak) dengan berjimat, kita
juga sebagai wakil rakyat harus sanggup lakukan perkara sama. Baik potong elaun
saya sekarang kalau itu boleh bantu kukuhkan ekonomi, saya tidak teragak-agak
dan sanggup lakukannya,” katanya.
Beliau mengulas
saranan oleh pengarah strategi PKR Rafizi Ramli agar Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak memastikan menteri dan timbalan menteri membayar petrol
mereka sendiri untuk memahami bebanan yang ditanggung rakyat akibat kenaikan
harga petrol dan diesel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan