06 September 2013

Kenapa Farid Kamil Tergamak Jual Anak Sendiri




Tiada niat untuk menyembunyikan anaknya yang baru sahaja lahir 2 bulan lalu, tetapi aktor, Farid Kamil memberitahu dia bertindak tidak terlalu mendedahkan foto anaknya kerana dalam perancangan dengan pihak penyiaran Astro untuk memperkenalkan putera sulunya itu secara eksklusif dalam program khas stesen TV berkenaan.

Serentak dengan itu, Farid Kamil berkata dia merancang untuk mengadakan sebuah majlis Khatam Al- Quran dan majlis Aqiqah di kampungnya, Alor Setar , Kedah dalam masa terdekat.


"Kami ada merancang untuk memperkenalkan anak saya dalam sebuah majlis Khatam Al- Quran untuk Diana dan serentak majlis Aqiqah untuk anak saya di kampung halaman saya. Bila tarikhnya? Itu tidak dapat saya beritahu sekarang kerana kami masih dalam perancangan dan kemungkinan besar selepas Diana selamat berpantang 100 hari.

"Tambahan pihak penyiaran Astro sedang menyatakan hasrat mereka untuk mengadakan siaran eksklusif untuk memperkenalkan anak saya. Jadi saya perlu menjaga nilai eksklusiviti untuk mereka daripada sekarang. Disebabkan itu, sudah lama saya tidak memuat naik gambar anak saya ke laman Instagram dan masih merahsiakan nama anak saya," katanya.

Apabila ditanya, adakah tindakannya itu seolah-olah menjual anak, Farid Kamil sekeras-kerasnya menafikannya.

"Sebenarnya saya sudah lama berfikir mengenai tawaran ini. Saya langsung tak berniat untuk menjual anak saya, kerana saya masih mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak terlalu menunjuk-nunjuk mengenai anak saya.

"Malah, jika ada yang mahu anak saya menjadi model iklan untuk apa-apa produk sekalipun saya harus memilih dan berhati-hati kerana tidak mahu dikatakan menjual anak,"jelasnya lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /