Pengarah filem Datin Paduka Shuhaimi Baba
berharap agar filem sejarah biografi arahannya iaitu "Tanda Putera"
tidak menjadi provokosi dan menggesa masyarakat supaya membuat tanggapan secara
adil selepas menonton filem itu.
"Tanda Putera" yang didakwa
mengandungi isu sensitif dijangka berada di pawagam pada 29 Ogos selepas
beberapa kali tayangan filem tersebut ditangguh. Walaubagaimanapun, filem
tersebut telah pun ditonton oleh pihak media, Universiti Islam Antarabangsa
(UIA) dan peneroka felda sewaktu tayangan persendirian.
Menurut Shuhaimi, dia merasakan respon
positif terhadap filem arahannya ini semakin meningkat setelah melihat
kehadiran ramai media sewaktu majlis pratonton filem berbanding tahun lepas.
Namun, dia berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang kontroversi untuk
memprovok.
"Tanda Putera" berkisar tentang
kesungguhan usaha bekas Perdana Menteri kedua, Tun Razak dan timbalannya Tun
Ismail dan hubungan akrab mereka sewaktu rusuhan 13 Mei 1969.
"Selepas setahun, saya rasa penat tetapi
lega. Saya mahu mengucapkan terima kasih di atas pertolongan dan sokongan
mereka dalam usaha menayangkan filem ini di pawagam. Saya rasa bersyukur dengan
pertolongan semua orang, kawan-kawan dan pihak PFM yang selalu bekerjasama
untuk membantu persatuan lain," kata Shuhaimi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan