Pelakon dan juga anak bongsu kepada penyanyi
Rohana Jalil, Kilafairy yang kini dihambat kontroversi ekoran daripada video
kononnya dia tidak memakai seluar yang dimuat naik di laman Istagram
memberitahu isu tersebut tidak menjejaskan karier dan perniagaan fesyennya yang
baru sahaja bermula.
"Saya tak ambil kisah pun dengan
kritikan itu dan ia tak menjejaskan kerjaya mahupun perniagaan saya. Lagipun
video tu sebenarnya adalah sesi fotografi untuk tujuan mempromosikan baju
jenama fesyen saya. Memang nampak macam saya tak pakai seluar tapi sebenarnya
pakai baju-t dengan legging' yang berwarna kulit. Cuma orang ingat saya tak
pakai seluar," katanya.
Aktres yang tekenal dengan imej seksi dan
mendapat jolokan Angelina Jolie Malaysia ini turut meminta maaf kepada pihak
yang tersinggung dan terganggu dengan video tersebut selain sudah memadamkan
video tersebut dari akaun Instagramnya.
Kontroversi tersebut tercetus pada bulan
Ramadan lalu apabila Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan
telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan pelakon berusia 21 tahun itu
memakai baju sambil menunjukkan pelbagai gaya. Video tersebut menjadi isu
apabila pakaian yang dipakainya itu menampakkan paha dan kelihatan seperti
tidak memakai seluar.
Kilafairy juga bercadang mahu menggunakan
khidmat model untuk koleksi jenamanya, Rack pada masa akan datang agar isu yang
memberi pengajaran buat dirinya ini tidak berulang.
"Saya akan lebih berhati-hati selepas
ini dan mungkin untuk promosi akan datang saya rasa lebih senang kalau saya
gunakan model saja."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan