24 Ogos 2013

Jehan Miskin Jawab Isu Pakai Rantai Salib





Itu Simbol Pengakap, Bukan Salib – Jehan Miskin. Terbaru, giliran Jehan Miskin pula dikritik peminat di laman Instagram kerana memuatnaik sekeping gambar dia dan isterinya sedang memakai sepasang rantai yang menyerupai bentuk salib. Gambar tersebut disertakan caption yang berbunyi "J&J. Thank you Thomas Sabo for the gorgeous jewelry #rebelatheart".

Foto tersebut bagaimanapun menarik perhatian beberapa orang peminat, di mana ada segelintirnya mendakwa loket yang dipakai oleh pengarah drama What If itu adalah berbentuk salib dan meminta agar aktor berkenaan berhati-hati dalam soal pemilihan aksesori.


Dalam pada itu, Jehan turut menerangkan bahawa loket yang dipakainya bukanlah simbol salib, malah simbol tersebut lebih dikenali sebagai fleur-de-lis ataupun paling mudah ianya boleh dilihat sebagai simbol pasukan pengakap.



Bagaimanapun, untuk semua peminat Jehan Miskin, jom layan beberapa foto terkini aktor tampan tersebut bersama isteri tersayang, Julie Camelia Rhee selepas ini. Sebagai maklumat tambahan, Jehan dan Julie telah diijab kabulkan pada 4 Mei lalu di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /