Di anggarkan hampir 300 orang yang terdiri daripada
beberapa kumpulan NGO seperti Pembela dan Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa)
yang berhimpun sejak awal pagi tadi di hadapan Istana Kehakiman bagi mendengar
keputusan rayuan kerajaan berhubung penggunaan kalimah Allah di dalam kitab
Bible.
Namun apa yang menyedihkan apabila, tidak ada
seorang wakil kepimpinan tertinggi Pas yang hadir bagi menyatakan sokongan
terhadap isu kontroversi itu walaupun parti itu menyatakan berjuang atas nama
Islam.
Mungkin ada di kalangan mereka yang akan
mengatakan, kehadiran mantan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa adalah
merupakan tanda parti itu menyokong perjuangan mempertahankan kalimah Allah.
Namun apakah mereka lupa, Nasharuddin yang sinonim dengan panggilan Ustaz Nasha
bukan lagi merupakan pemimpin tertinggi parti itu.
Bukankah beliau telah dipecat sebagai ahli
Majlis Syura Pas? Malah parti itu juga tidak mencalonkan beliau untuk
bertanding bagi mewakili Pas dalam pilihan raya umum yang lalu kerana dilihat ‘mesra’
dengan Umno. Oleh itu kehadiran Ustaz Nasha tidak boleh diambil kira sebagai
wakil kepada pemimpin tertinggi Pas.
Malah ketika ditanya kepada mereka yang
hadir, di manakah Nik Aziz, Hadi Awang, Mat Sabu, atau setidak-tidaknya Ketua
Pemuda Pas, Nasruddin Hassan? Mereka hanya memberikan senyum sinis sambil menggelengkan
kepala.
Paling menarik ada seorang pemuda yang
mendakwa sebagai bekas ahli parti itu mengatakan mungkin semua pemimpin Pas
pusat masih lagi ‘mabuk lemang’. Maklum sahajalah, raya kan sebulan, jawabnya
dengan nada yang berbaur sindiran.
Yang menghairankan, sekiranya himpunan
jalanan seperti Bersih, Black505 dan sebagainya diadakan, merekalah (pemimpin
Pas) antara yang paling awal menyatakan sokongan. Walaupun pengerusi penganjur program
tersebut adalah merupakan orang yang sama menganjur dan menyokong ‘Seksualiti
Merdeka’ yang amat jelas bertentangan dengan Islam.
Kepada yang tidak mengetahui, Seksualiti Merdeka
adalah merupakan gerakan menuntut ‘hak kebebasan’ untuk golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual [LGBT] bagi mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara
sah dan terbuka.
Persoalannya ialah, di manakah perjuangan Islam
yang kononnya berlandaskan Al-Quran
dan As-Sunah yang diperjuangkan oleh
Pas? Apakah perjuangan mempertahankan kalimah Allah ini tidak termasuk dalam
cabang perjuangan Islam?
Sedangkan isu yang diperjuangkan ini adalah merupakan
isu akidah umat Islam. Ini kerana kalimah Allah adalah merupakan lafaz al-jalalah iaitu gelaran tertinggi dan paling mulia
yang digunakan oleh umat Islam untuk merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa dan
kalimah itu termaktub lebih 20,000 kali di dalam al-Quran dan disebut sebanyak
425 kali oleh umat Islam dalam solat lima waktu setiap hari.
Oleh yang demikian sebarang tindakan membiarkan mereka
yang bukan Islam menggunakan kalimah Allah bukanlah merupakan satu pendekatan toleransi
tetapi satu tindakan menggadaikan hak dan kedaulatan. Ia adalah merupakan
kalimah yang menjadi bahagian penting dari sudut pandangan Islam dan jika
kalimah ini dikaburkan, maka sudah tentu akan memberi kesan kepada pemikiran
dan akidah umat Islam.
Apa yang jelas, di sebalik kemelut ini, Pas hanyalah
merupakan sebuah parti politik sama seperti PKR dan DAP dan bukannya parti yang
memperjuangkan Islam seperti yang di dakwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan