Gitaris kumpulan
Kristal, Rody terkejut apabila menerima panggilan daripada seorang inspektor
polis wanita pada Rabu lalu dan mengarahkannya segera menyerah diri di balai
polis atas dakwaan menyamar dan menipu duit orang ramai.
Menurut Rody, dia
dituduh telah menipu beberapa individu dengan cara menjual gadjet jenama
Samsung menerusi online dan kononnya hasil jualan gadget tersebut akan di
sumbang kepada sebuah acara amal yang dianjurkan oleh Samsung dan kumpulan
Kristal.
"Saya dapat
panggilan telefon dari seorang Inspektor. Dia arahkan saya menyerah diri. Kalau
tidak, katanya dia sendiri akan datang ke rumah dan menangkap saya. Saya pun
terkejut sebab saya tak tahu apa salah saya. Kemudian inspektor tu marah saya,
dia kata dah lah saya menipu, lepas tu 'lalok' pulak. Lagilah saya
terpinga-pinga. Tak pasal-pasal saya dituduh lalok?", katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kapal Dredger Inai
Kenanga, bertempat di Pulau Indah, Port Klang, petang semalam.
Tambah Rody lagi dia
pada mulanya tidak menghiraukan arahan pegawai polis tersebut. Tetapi keadaan
jadi rumit apabila hal tersebut sampai ke pengetahuan bapanya. Atas nasihat
dari anggota-angota bandnya, dia pergi juga ke balai dan memberikan kerjasama.
"Pada mulanya
saya memang tak mahu ke balai polis sebab petang tu saya bersiap nak pergi
menyaksikan konsert Metallica. Tapi Inspektor tersebut menelefon bapa saya.
Bapa saya telefon saya dan mengamuk suruh saya ke balai. Sampai di balai saya
terus di soal siasat. Saya siap tunjuk tiket Metallica lagi pada polis tu,
bukti yang saya nak ke konsert.
"Rupanya baru
saya tahu yang ada individu lain menyamar sebagai saya. Individu tersebut telah
menjaja nama Samsung dan nama Kristal. Dia telah menjual 3 tablet Samsung
dengan harga RM1700 kepada seorang mangsa penipuannya dengan alasan hasil
jualan tersebut untuk acara amal anjuran kami dan Samsung. Ikut logik mana ada
orang jual tiga gadget sekaligus dengan harga sebegitu.
"Saya difahamkan
kalau saya tak serah diri, mangsa tersebut juga mahu mendedahkan perkara ini
kepada pihak media. Sejujurnya saya memang tak pernah jual apa-apa barang. Tak
pernah pula kami (Kristal) rancang nak buat apa-apa acara dengan Samsung",
katanya.
Sebagai membersihkan
namanya dan kumpulan Kristal, Rody turut membuat laporan polis. Dalam pada itu
Rody tidak mengesyaki mana-mana pihak yang cuba memburukkan namanya dan
kumpulan Kristal.
" Ini pertama
kali saya berdepan dengan tuduhan sebegini. Saya tak tahu dan tak syak
siapa-siapa yang nak aniaya saya. Orang ramai pun di harap jangan lah mudah
percaya walaupun didatangani individu yang mengenalkan diri mereka sebagai
artis, apa lagi nak jual barang.
"Saya harap hal
ini akan selesai segera. Saya pun dah buat laporan polis. Sekarang ni tengah
tunggu siasatan polis", katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis
(IPD) Kajang, kelmarin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan