23 Ogos 2013

Bahagia Hanya 9 Bulan, Sebelum Dihina Sebab Janda – Rita Rudaini




Dramatis jelita, Rita Rudaini mendedahkan dia hanya mengecapi kebahagiaan berumah tangga hanya sementara, di mana selepas itu dia terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dalam perkahwinannya bersama Aidil Zafuan termasuklah kes mahkamah yang berlarutan sehingga dua tahun lamanya.

"Saya sempat mengecap kebahagian berumah tangga sembilan bulan saja. Sebaik keluarga Aidil tahu kami sudah berkahwin, bermulalah episod mencabar dalam bahtera yang dilayari.


"Kami sering bergaduh. Jarang pergaduhan itu berpunca daripada masalah kami, tetapi datangnya daripada keluarga Aidil. Setiap kali selepas pulang menziarah keluarganya di Seremban, sikap Aidil pasti berubah. Ada saja perkara yang akan mencetuskan pergaduhan hingga setiap kali dia balik ke sana, tidak sedap jadinya hati saya," ujarnya seperti dipetik dari Berita Harian.

Tambahnya lagi, dia pernah cuba berbuat baik dengan ibu bapa mentua, tetapi sebaliknya dia dihalau oleh kakak Aidil.

"Siapa kata saya tidak pernah cuba berbaik dengan ibu bapa mentua saya? Walaupun adik-beradiknya tidak menerima saya, namun saya tetap menghubungi orang tuanya untuk bertanya khabar. Mereka melayan saya dengan baik, malah saya juga kerap mengirim makanan untuk keluarganya setiap kali dia pulang menemui mereka.

"Cuma yang pelik, apabila Aidil menyatakan hasratnya untuk bercerai dengan saya sewaktu usia kandungan kedua mencecah tujuh bulan, ibu dan bapanya tiba-tiba berubah sikap. Bapanya meminta supaya Rita tidak mengganggu mereka termasuk Aidil, kerana tidak mahu tumpuan Aidil pada latihan terganggu.

"Saya pernah dihalau dari rumah kakak Aidil tanpa belas kasihan, walhal ketika itu saya sedang mengandungkan anak sulung kami. Niat bersemuka dengan keluarga Aidil untuk mendapat restu mereka menjadi detik cukup menyedihkan apabila kami dihalau keluar. Tidak cukup dengan itu, pelbagai kata-kata nista dilemparkan hanya kerana saya lebih tua daripada suami dan berstatus janda," ujar Rita tentang perkahwinannya dengan pemain bola sepak kebangsaan dan Johor Darul Takzim (JDT) itu.

Kemelut rumah tangga Rita sampai ke kemuncak apabila Aidil telah menceraikan Rita menerusi kiriman pesanan ringkas (SMS) pada 27 Ramadan lalu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /