Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Sri Azalina
Othman Said dijangkakan bakal berdepan dengan laluan sukar bagi meramas jawatan
Ketua Wanita Umno pada pemilihan sayap itu Oktober ini. Ia ekoran dari
kenyataan sokongan yang dilakukan oleh sebilangan besar kepimpinan Wanita Umno
di peringkat negeri dan bahagian terhadap kepimpinan penyandang jawatan
tersebut, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.
Azalina pada 28 Jun lalu menyatakan keputusannya
untuk bertanding menentang Shahrizat bagi membawa perubahan kepada sayap parti
itu, atas alasan transformasi politik, selain sedia menjadi ejen perubahan
kepada Wanita. Azalina mengakui tidak mempunyai sebarang agenda peribadi, namun
berhasrat mahu memantapkan imej kepemimpinan pergerakan itu yang tercalar
dengan isu National Feedlot Corporation (NFC).
Terbaru Wanita Umno Selangor melalui ketuanya
Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah yang mengatakan Pergerakan Wanita Umno Selangor
telah sebulat suara dan bersetuju untuk mengekalkan Sharizat sebagai Ketua.
Menurutnya keputusan tersebut dicapai ekoran dari prestasi cemerlang yang
ditunjukkan oleh Sharizat sehingga berjaya menampilkan lebih ramai calon di
kalangan wanita pada pilihan raya umum yang lalu.
Beliau turut berkata, Shahrizat telah membawa banyak
pembaharuan dan perubahan serta melaksanakan janjinya dan paling jelas dengan
penubuhan Skuad Sayang Wanita Umno bagi mendekati semua peringkat masyarakat.
Selain Selangor, Pergerakan Wanita Umno negeri
Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang
turut menyatakan sokongan untuk mengekalkan Sharizat sebagai ketua pergerakan itu.
Kepimpinan Wanita sebelum ini menasihatkan
Azalina agar bertanding jawatan Exco terlebih dahulu sebagai persediaan untuk
menyesuaikan diri sebelum berhasrat untuk merampas kepimpinan tertinggi sayap
itu.
“Jika nak bertanding juga, Azalina boleh menawarkan
diri bagi jawatan Exco terlebih dulu kerana kepemimpinan Shahrizat sendiri tiada
cacat celanya serta terbukti mampu menyatukan ahli Wanita Umno,” menurut Fatimah
Hamat, Ketua Wanita UMNO Terengganu sebelum ini
Malah menurutnya lagi, Azalina belum layak
untuk mengisi jawatan tersebut kerana sayap tersebut memerlukan kepemimpinan yang bukan
saja berwibawa dan matang tetapi turut memiliki ciri keibuan, itulah yang membezakan
Wanita dengan Puteri.
Selain mereka, dikatakan juga hampir 90 peratus
perwakilan Wanita di 191 bahagian akan memberikan sokongan kepada
Sharizat.
Paling memeranjatkan, apabila bekas Ketua Puteri
Umno Kedah, Datuk Suraya Yaacob turut menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan
Sharizat. Malah Suraya yang juga merupakan Exco Wanita itu turut mengatakan ‘tidak selesa’ apabila dikaitkan dengan
‘team Azalina’ ketika menawarkan
diri untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Umno.
Selain Suraya, turut
menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita ialah Timbalan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun.
Azizah sebelum ini mengatakan penyertaannya dalam pemilihan parti akan membantu
memperkukuh Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan