Seorang kanak-kanak, Mohd. Harith Danial
Errman, 8, yang didakwa cedera parah akibat terkena bahan letupan yang jatuh
dari syiling rumah neneknya sebenarnya terkena mercun buatan sendiri.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan
Lazim memberitahu, siasatan pihaknya mendapati, kejadian di rumah nenek
kanak-kanak itu di Bukit Awang, Pasir Puteh dekat sini malam Jumaat lalu tidak
ada kena mengena dengan letupan bom.
“Siasatan awal mendapati, kecederaan
kanak-kanak tersebut disebabkan letupan mercun buatan sendiri dan bukannya
akibat bahan letupan seperti didakwa.
“Dia menyalakan mercun tersebut ketika berada
seorang diri di dapur rumah berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas
melawat mangsa di Hospital Universiti Sains Malaysia di sini semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan