Siapa sangka 5 tahun hidup single, akhirnya
Abby Abadi kini telah bahagia bertemu jodoh dengan jejaka muda 12 tahun
daripadanya. Malah, Murai Batu tengok Abby Abadi gembira sahaja memuat naik
foto-fotonya dan suami di laman Instagram.
Dengarnya, Abby Abadi tidak sempat berkenalan
dengan keluarga besar suaminya yang bernama Farhan itu sebelum mereka bernikah.
Yelah, mananya nak sempat, kalau baru 12
hari berkenalan terus bernikah.
Tapi, ianya tidak menjadi masalah besar buat
keluarga suaminya itu, kerana daripada foto yang dimuatnaik oleh Abby, keluarga
mertuanya itu nampaknya menerima kehadiran Abby dengan sangat baik walaupun
anak bujangnya berkahwin dengan wanita berstatus janda anak 3.
Dalam foto yang dimuatnaik, nampak ceria
sahaja keluarga barunya itu menerimanya ketika mereka bersama-sama berbuka
puasa di kampung suaminya yang terletak di Kelantan.
Bukan sahaja keluarga suaminya, malah, Murai
Batu lihat anak-anak Abby juga turut kelihatan sama di dalam foto yang dimuat
naik itu mesra dengan suaminya itu. Mereka sempat merakamkan foto keluarga
barunya itu.
Selain itu, Abby Abadi juga sempat membawa
Farhan berjumpa Nik Aziz ketika berada di Kelantan dan di dalam captionnya
untuk fotonya bersama Nik Aziz dan isteri itu "Mohon keberkatan & doa
dari Nik Aziz agar hubungan kami suami isteri berkekalan & bahagia hingga
ke akhirnya...Aminnn! Tq ALLAH atas kesempatan ini"
Wah nampaknya, Abby Abadi cuba untuk mendapat
restu dan keberkatan daripada semua keluarga dan rakan-rakan terdekatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan