24 Ogos 2013

GEMPAR!!!!! Stacy AF Peluk Islam????




Sebaik saja selesai solat Jumaat hari ini, pihak kami di datangi satu berita tergempar yang melibatkan penyanyi lagu Kasanova iaitu Stacy. Dengarnya, juara Akademi Fantasia musim ke-6 ini telah pun memeluk agama Islam semalam dan bertukar nama kepada Nur Aisyah Rabiah.

Lebih mengejutkan lagi, kami difahamkan Stacy telah pun memeluk agama Islam kerana keakrabannya bersama penyanyi lagu Inilah Cinta, Akim. Tidak mahu percaya bulat-bulat gosip yang tersebar luas di internet itu, Murai Batu pun cubalah sendiri google dan membacanya di sebuah blog yang telah menulis tentang gosip berkenaan.


Selepas meneliti dan membaca penulisan itu, rupa-rupanya Stacy yang dimaksudkan itu bukanlah Stacy yang lahir daripada program AF6. Sebaliknya, Stacy yang dikatakan masuk Islam itu adalah Stacy yang nama sebenarnya ialah Stelly.

Lagi pun, setahu kami, nama sebenar Stacy AF6 ialah Stracy Angie Anam. Jadi, terang lagi bersuluh, gadis yang memeluk Islam itu bukan Stacy. Lebih ketara lagi, gambar yang tertera dalam blog berkenaan bukanlah gambar Stacy. Jauh panggang dari api beb!

Apapun, kecoh juga selepas Stacy dicanangkan masuk Islam. Ramai gembira kalau berita ini benar belaka. Apapun, kalau benar Stacy masuk Islam, takkan pihak pengurusan Stacy tak mahu berkongsi cerita gembira ini. Tak gitu dik non?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /