Filem sejarah, Tanda Putera, arahan Shuhaimi
Baba menjadi kontroversi apabila DAP menuduhnya sebagai membangkitkan
ketegangan. Kita faham kebimbangan DAP
kerana filem tersebut telah menyerlahkan warna sebenar parti itu yang bersifat
perkauman dan angkuh. DAP merupakan pencetus tragedi 13 Mei 1969 yang
menyaksikan kaum Cina dan Melayu berbunuhan sehingga membawa kepada keadaan
darurat.
Hakikat inilah yang cuba dinafikan oleh DAP. Untuk
itu DAP telah berusaha sedaya upaya sejak sekian lama untuk mengubah sejarah
dan menuduh bahawa 13 Mei dicetuskan oleh UMNO. Malangnya, sejarah tidak
mungkin diubah-ubah dan hakikatnya DAP merupakan parti yang lahir dari fahaman
komunisme dan bertonggakkan perkauman. Mereka-mereka yang telah melalui tragedi
13 Mei mampu menjadi saksi kepada sejarah ini.
Roh DAP sentiasa membenci Melayu, memusuhi
Islam dan menentang Institusi Raja-raja. Matlamat akhir mereka ialah menegakkan
Ketuanan Cina serta meminggirkan kaum-kaum lain. Kita percaya bahawa matlamat ini
terus dipegang oleh DAP sehingga ke hari ini.
Oleh itu, apabila filem Tanda Putera berjaya
melepasi halangan dan bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini, DAP mencuba sekali
lagi untuk membersihkan namanya.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua membuat kenyataan bahawa filem
tersebut boleh saja ditayangkan asalkan ia diisytiharkan sebagai filem cereka. Soalnya,
siapa Tony Pua untuk memberi syarat kepada sesiapa?
Sepatutnya Tony Pua menggalakkan kaum Cina
menonton filem ini bagi menghayati sejarah negara ini. Biar betapa pahit pun
kebenaran itu, ia wajib ditelan oleh semua kaum Cina negara ini yang mengaku
sebagai warganegara. Menerima kebenaran merupakan langkah pertama ke arah
perubahan kepada kebaikan. Melainkan, Tony Pua atau DAP tidak pernah dan tidak
ingin berubah dan masih membawa roh yang
sama iaitu membenci Melayu, memusuhi Islam dan menentang Raja-raja.
DAP tidak mungkin akan begitu gelabah jika
mereka benar-benar tidak bersalah dalam tragedi 13 Mei. Segala keresahan mereka
adalah bukti bahawa mereka benar-benar terlibat dalam mencetuskan ketegangan
kaum. Malah, sifat perkauman dan perangai angkuh serta gemar menghasut DAP
masih kekal sehingga ke hari ini dan boleh dilihat dengan jelas oleh semua
rakyat Malaysia.
Dengan sifat dan perangai yang sama masih
terserlah, pastinya sukar bagi pihak DAP untuk menafikan bahawa merekalah
dalang pencetus 13 Mei. Hujah Tony Pua lagi, walaupun filem ini mungkin
memaparkan kisah benar ia tetap mampu mencetuskan ketegangan kaum.
Kita tidak faham kenapa sebuah kisah benar
yang berlaku berdekad lalu mampu mencetuskan ketegangan kaum? Apakah Tony Pua
cuba berhujah bahawa sejarah bagaimana kulit putih Amerika menindas dan
merampas tanah puak Red Indian tidak wajar difilemkan kerana bimbang
menyebabkan kaum Red Indian memberontak?
Atau kisah Jepun menyiksa rakyat China tidak boleh dipaparkan kerana
takut menyebabkan orang Cina hari ini bertindak ke atas orang Jepun?
Sebenarnya kebimbangan DAP hanya membuktikan
yang segala kebencian DAP terhadap Melayu masih belum menjadi sejarah tetapi
merupakan sesuatu yang berkekalan sehingga ke hari ini.
Oleh itu, ia memberikan alasan yang jauh
lebih kukuh agar masyarakat Cina menonton filem ini bagi menimbulkan kesedaran
betapa pentingnya kita semua menjaga keharmonian. Perbuatan menghasut dan
menyebar kebencian hanya menjurus kepada kemusnahan. Sifat angkuh dan perkauman
kaum Cina perlu diubah segera atau ia mampu mengulangi sejarah 13 Mei.
Sesungguhnya, keangkuhan kaum Cina tidak akan
membawa kebaikan mahupun keuntungan kepada sesiapa. Sudah sampai masanya kaum
Cina bersama-sama dengan kaum lain menghayati sejarah negara ini serta menerima
hakikat kebenaran akan asal usul mereka mahupun sejarah nenek moyang mereka
seadanya. Belajarlah dari kesilapan dan
bukannya menafikan kesilapan. Sebagai permulaan, tontonlah filem Tanda Putera
agar mendapat sedikit pengetahuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan