Penulis sebelum ini pernah mendedahkan
mengenai usaha beberapa pimpinan Pas Kedah yang sedang berusaha untuk mendesak
agar bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak meletakkan jawatan. Antara
alasan yang digunakan ialah mengenai faktor kesihatan Azizan yang tidak
mengizinkannya untuk terus berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Sungai Limau.
Azizan sebelum ini
dilaporkan berada dalam keadaan kritikal ekoran kompilasi diabetes yang
dihadapi sehingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong.
Malah kumpulan tersebut juga dikatakan sibuk
menjaja kononnya kegagalan Azizan mempertahankan Kedah di dalam pilihan raya umum
yang lalu adalah merupakan satu dosa
yang tidak boleh dimaafkan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga mendakwa
Azizan adalah merupakan pemimpin yang mesra
Barisan Nasional (BN).
Tambah menarik, beberapa pemimpin kawasan
dari kumpulan tersebut juga dikatakan sedang sibuk melobi sebagai calon Pas sekiranya
mereka berjaya mendesak Azizan meletakkan jawatan. Ini kerana sekiranya Azizan
meletakan jawatan sebagai ADUN Sungai Limau, Suruhanjaya Pilihan raya terpaksa
mengadakan pilihan raya kecil seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.
Berbalik kepada isu yang dibangkitkan, ekoran
masalah kesihatan yang di hadapi itu, Azizan masih lagi mengangkat sumpah dan
alasan itu telah dijadikan alasan untuk untuk mereka terus mendesak agar beliau
meletakan jawatan.
Menurutnya Undang-Undang
Tubuh Negeri Kedah, semua ADUN perlu mengangkat sumpah dalam tempoh 3 bulan
bermula dari Sidang DUN yang pertama. Menurut rekod, tempoh tersebut akan
berakhir pada 23 September 2013.
Namun mereka semua hanya mampu merancang,
namun Allah swt adalah sebaik-baik perancang, ini kerana semua usaha dan
konspirasi yang dilakukan itu nyata gagal membuahkan hasil. Ini kerana di
sebalik kesibukan mereka memburuk-burukkan bekas Pesuruhjaya Kedah itu dalam
usaha untuk menjadi calon, media arus perdana hari ini melaporkan Azizan telah
pun selesaikan mengangkat sumpah sebagai ADUN.
Upacara angkat sumpah yang diadakan itu
disaksikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Md Rozai Safian di Unit
Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Turut hadir pada majlis
tersebut ialah Timbalan Speaker Datuk Azmi Che Husain; Setiausaha Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri Syed Isa Syed Ibrahim; Penasihat Undang-undang negeri
Datuk Anas Ahmad Zakie dan Adun Anak Bukit Datuk Ir Amiruddin Hamzah.
Paling menarik, bagi menutup kebiadaban mereka terhadap Azizan, kesalahan untuk menyingkirkan Azizan itu cuba diletakkan kepada pemimpin Umno bagi mengalihkan tumpuan rakyat Kedah. Namun ternyata semua fitnah yang dilemparkan itu telah memakan diri.
Ini kerana, sekiranya Umno yang
bertanggungjawab mengerakkan usaha untuk menyingkirkan Azizan mana mungkin
parti itu menguruskan upacara angkat sumpah bagi membolehkan bekas menteri
besar itu terus kekal untuk memegang jawatan ADUN. Malah upacara angkat sumpah
yang diadakan luar dari kebiasaan itu juga membuktikan kerajaan Kedah pimpinan
Datuk Mukhriz Tun Mahathir mengamalkan sikap berbaik sangka dan tidak berdendam
dengan mereka yang berlainan ideologi politik.
Kesimpulannya dengan majlis angkat sumpah itu
juga, akan membuatkan ramai pemimpin Pas yang berminat untuk menjadi calon
parti itu berputih mata!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan