Bertepatan dengan budaya Umno pada musim
pemilihan, gerakan menjatuhkan pemimpin tertentu yang sudah established kini
telah pun bermula. Jika ada sesuatu faktor yang mampu merosakkan perpaduan
dalam Umno, malah melemahkan parti itu sendiri, maka inilah di antara faktor
utamanya.
Lazimnya ia dimulai dan diusahakan oleh orang
tertentu, sama ada di luar atau di dalam parti atas sebab yang hanya diketahui
oleh mereka sendiri. Lazimnya ia berpunca daripada dendam dan hasad oleh mereka
yang menyertai Umno kerana kepentingan peribadi.
Kali ini, di ambang pemilihan pucuk pimpinan
Umno pada Oktober ini, tidaklah sukar untuk melihat betapa sasaran awal
puak-puak ini ialah Datuk Seri Nazri Aziz, menteri berpengalaman yang juga
dikenali sebagai ‘chief’. Usaha tidak murni ini dilihat dimulakan oleh orang di
luar Umno.
Namun disebabkan usaha ini juga turut
melibatkan bantuan gigih dari sebuah stesen TV swasta yang memanipulasi perihal
anak lelakinya yang didakwa kononnya dibayar gaji oleh kerajaan, maka timbullah
pula pelbagai spekulasi. Tiga malam berturut-turut stesen TV itu “menyerang”
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu
habis-habisan.
Muhamad Nedim, dilantik sebagai pegawai
khasnya. Hal ini mula terdedah kerana nama Nedim dimuat dalam laman web
kementerian berkenaan. Mereka mendakwa anaknya dibayar gaji oleh kerajaan
tetapi hal ini dinafikan Nazri. Maknanya tak betullah fakta mereka.
Pengkritiknya berpendapat ia conflict of interest yang tidak harus dibiarkan
berlaku lebih-lebih lagi oleh orang macam Nazri.
Menyedari isu ini ibarat lalang kering
bakal menghanguskan politik nasional
jika tidak dikawal, Perdana Menteri tampil dengan kenyataan susulan. Kalau ada
sesiapa tak faham, Datuk Seri Najib Razak tampil dua kali mempertahankan
anggota Kabinetnya. Najib berkata beliau berpuas hati penjelasan Nazri bahawa
Nedim bertugas di kawasan Parlimen Nazri, bukan di pejabat menteri berkenaan
dan gajinya pun Nazri yang bayar.
Justeru kenyataan Najib itu tentu tidak
disenangi musuh-musuh “Chief” kerana ia secara tidak langsung memadamkan api
yang cuba dihidupkan bagi tujuan membakar politik Nazri. Seperti kita maklum,
lazimnya orang politik bila dikritik dan didedahkan dalam media mengenai salah
laku mereka akan bertindak melepaskan jawatan. Namun hal ini tidak berlaku pada
Nazri, malah ironinya kedudukan beliau semakin kuat.
Pembangkang juga turut mempromosikan perihal
bukan-isu ini dengan melabelnya sebagai satu amalan nepotisme. Sebagai nota,
pembangkang terlupa walaupun dalam Umno ada pemimpin tertentu yang memegang jawatan
politik selepas bapa mereka berbuat demikian, namun semuanya melalui proses
pemilihan yang sah.
Tidak ada berlakunya peristiwa si bapa
menggunakan kuasa dan pengaruh supaya si anak menjadi timbalan presiden dan
mengetepikan tokoh lebih berkelayakan seperti berlaku dalam PKR.
Jika perihal Nazri menggaji anaknya dengan
wang peribadinya sendiri untuk membantu tugasnya di kawasannya, itu
nepotismekah namanya?. Lainlah sekiranya Nazri memaksa Najib melantik anaknya
senator dan menjadikan Nedim sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan
Kebudayaan.
Memang ada cerita atau cerita yang direka
bagaimana dua NGO, satu daripadanya pernah bertelingkah dengan Nazri, dan
seorang bekas pembangkang terlibat dalam usaha menjatuhkan Nazri dengan alasan
dangkal ini.
Namun, penglibatan stesen TV swasta berkenaan
dalam turut memainkan isu ini secara begitu bersungguh-sungguh menolak
kemustahilan adanya tangan kotor di belakangnya.
Mari pula kita ulas pasal “serangan” terhadap
Nazri kerana pemilihan Umno akhir tahun ini. Kerana yang menghairankan Nazri
dan tokoh-tokoh seperti MB Perak, Menteri Kewangan Kedua,, MB Pahang, Shahrir
Samad dan lain-lain lagi tidak mempertahankan jawatan Majlis Tertinggi. Mereka
mahu memberi peluang kepada tokoh-tokoh jauh lebih muda bertanding. Rumusannya
jelas Nazri diserang bukan kerana
pemilihan parti.
Apa yang menghairankan ialah jika bukan
kerana isu pemilihan isu apa lagi yang menyebabkan tiga malam berturut-turut
Nazri diheret dalam isu anaknya? Ketidaktamakan Nazri terhadap jawatan dan kegigihan
bekerja, menyelesaikan masalah rakyat menerusi kementerian-kementerian yang
pernah diketuainya sudah menjadi pengetahuan umum.
Tidak syak lagi memang terdapat keperluan
menyokong Nazri dan dalam waktu sama menghapuskan apa juga budaya yang boleh
porakkan Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan