Kes pembunuhan Altantuya menjadi kes
berprofil tinggi kerana orang yang disyaki sebelum ini merupakan individu yang
mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri iaitu Razak Baginda. Dari situ,
pembangkang mengambil kesempatan untuk memburukkan Perdana Menteri dan juga
isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai terlibat dalam pembunuhan tersebut.
Cerita awal yang disebarkan oleh pembangkang
ialah Datin Seri Rosmah dikatakan berada di tempat kejadian pembunuhan,
mengarahkan dan menontonnya sendiri.
Kononnya, beliau berbuat demikian sebagai membalas dendam kerana
Mendiang Altantuya mempunyai hubungan sulit dengan suaminya.
Namun, cerita ini terbukti sebagai fitnah
kerana pada waktu kejadian Datin Seri Rosmah dan Dato’ Seri Najib masing-masing
mempunyai alibi yang kukuh kerana berada di program buka puasa berasingan
dengan beratus orang saksi termasuk rakaman video dan laporan berita. Cerita
ini juga diakui sebagai rekaan oleh penulis asalnya iaitu Raja Petra
Kamaruddin.
Oleh itu, pembangkang terpaksa menukar cerita
kononnya bukan Perdana Menteri tetapi Razak Baginda yang mempunyai hubungan
dengan Altantuya. Perdana Menteri hanya membantu ‘menutup’ hubungan sulit tersebut dengan ‘membenarkan’ penggunaan anggota keselamatan dan juga bahan
letupan.
Namun, cerita ini juga gagal mengaitkan Dato’
Seri Najib secara langsung.
Maka, pembangkang mencipta pula kisah
Altantuya menjadi penterjemah dalam urusan pembelian kapal selam scorpene dan
Dato’ Seri Najib terlibat dari segi menerima rasuah.
Jelas sekali bahawa pembangkang sejak dari
awal cuba sedaya upaya untuk mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Dato’ Seri
Najib. Apabila gagal melakukannya, mereka menukar dan menukar cerita itu
berkali-kali agar nama Dato’ Seri Najib dapat dikaitkan juga.
Kebenaran tidak mungkin berubah atau
bertukar-tukar. Oleh itu, cerita pembangkang yang berubah-ubah, dengan
sendirinya membuktikan yang mereka berbohong.
Apatah lagi apabila terdedahnya bahawa
pembangkang, khususnya, Anwar Ibrahim cuba memaksa dan menyogok tertuduh untuk
menipu dengan mengaitkan nama Dato’ Seri Najib sebagai dalang pembunuhan. Pendedahan
ini dilakukan oleh bekas peguam Anwar, Zulkifli Nordin dan tertuduh sendiri. Bertitik
tolak dari situ, Zulkifli telah meninggalkan Anwar kerana tidak sanggup
bersekongkol dalam taktik kotornya.
Selain itu, kisah mengenai kaitan Dato’ Seri
Najib dengan Altantuya dan komisyen dari pembelian scorpene juga terbukti
sebagai kisah dongeng yang tidak berasas sama sekali. Ini kerana Altantuya
muncul dalam kisah ini dua tahun selepas urusniaga scorpene selesai. Urusan
pembelian scorpene juga tidak memerlukan penterjemah dan Altantuya pula tidak
pernah menjejak kaki ke Perancis dalam tempoh urusniaga berjalan. Ini disahkan sendiri oleh pihak polis dan Kementerian
Luar Perancis. Lebih dari itu, kes scorpene yang kononnya sedang dibicarakan di
mahkamah Perancis adalah sebenarnya tidak pernah wujud sama sekali sepertimana
yang disahkan oleh Mahkamah Perancis sendiri.
Sedangkan, pembangkang telah pun menyebarkan
cerita mengenai senarai nama saksi yang bakal disapina. Kita faham bahawa
pembangkang ingin sangat agar nama Dato’ Seri Najib tercemar. Tetapi, kenapa
perlu berbohong berkali-kali dan mengulang-ulang pembohongan walaupun telah
beberapa kali terkantoi?
Siasatan telah membuktikan bahawa Dato’ Seri
Najib tidak terlibat. Malah, tertuduh
sendiri tidak sanggup mengaitkan beliau walaupun cuba disogok oleh Anwar. Peguam tertuduh yang merupakan peguam Anwar
sendiri tidak sanggup bersekongkol dengan Anwar untuk mengenakan Dato’ Seri
Najib sehingga memilih untuk meninggalkan Anwar. Dan kita juga tidak lupa
bagaimana bapa Altantuya sendiri mengakui bahawa Anwar ada berjumpa dengannya
semata-mata untuk mengaitkan Dato’ Seri Najib dengan Altantuya.
Maka kita tertanya-tanya, kenapakah begitu
penting bagi pembangkang, khususnya Anwar, untuk mengaitkan kes ini dengan
Dato’ Seri Najib walaupun ia mustahil? Apa ada dengan kes ini? Kenapa
pembunuhan Altantuya begitu menarik hati Anwar?
Persoalan semakin bertambah apabila mahkamah
hari ini telah memutuskan untuk membebaskan kedua-dua tertuduh. Hari ini, telah
terbukti bahawa Dato’ Seri Najib sememangnya tidak terlibat walau bagaimana
hebatnya usaha pembangkang untuk mengaitkan beliau.
Jika Dato’ Seri Najib tidak terlibat, maka
siapakah dalangnya? Untuk mencari dalang, kita perlu bertanya apakah motifnya?
Atau siapakah yang memperoleh keuntungan dari kematian Altantuya?
Setakat yang kita tahu, satu-satunya pihak
yang mendapat keuntungan dari kematian Altantuya adalah pembangkang. Pembangkang
telah menggunakan isu ini selama bertahun-tahun sebagai modal politik bagi
memburukkan nama Dato’ Seri Najib. Malah, isu ini juga membantu mereka
mengumpul dana melalui sumbangan orang ramai kepada SUARAM.
Kesimpulannya, keuntungan yang diraih oleh
pembangkang dari pembunuhan Altantuya bukan sahaja dari segi modal politik,
tetapi juga dari segi kewangan. Dalam kata lain, hanya pembangkang mempunyai
motif yang kukuh untuk membunuh Altantuya.
Mungkinkah kes ini perlu dibongkar semula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan