24 Ogos 2013

CEC DAP: Perwakilan India Akan DiAbaikan Sekali Lagi?




Dalam keterpaksaan, DAP telah mengumumkan akan mengadakan pemilihan semula bagi Jawatankuasa Pusat (CEC) pada 29 September ini. DAP pada mulanya berhempas pulas cuba mengelak dari mengadakan pemilihan semula namun terpaksa akur apabila ROS tidak memberi pilihan jika enggan parti itu dibubarkan.

Inilah yang terpaksa ditanggung oleh DAP kerana membiarkan pemimpin yang bodoh sombong, rasis, lagi gila kuasa seperti Lim Guan Eng, bermaharajalela. Jika tidak kerana terlalu rasis dan tidak mahu ada seorang pun wakil Melayu di peringkat kepimpinan, maka tentu DAP tidak perlu menghadapi masalah ini.  


Jika tidak kerana ingin menipu Melayu dengan meletakkan seorang Cina yang mempunyai nama Melayu, iaitu Zairil, bagi mewakili Melayu, maka tentu pemilihan semula tidak perlu berlaku sejak dari awal lagi.  

Dan jika tidak kerana berhati busuk sehingga sanggup menafikan hak perwakilan India untuk mengundi maka sudah tentu semua ini tidak akan berlaku. Lim Guan Eng sudah beberapa kali didapati menipu dan memutar belit fakta.  Malah, ramai yang telah keluar dari DAP atas faktor ‘Tokong Lim’.  

Hakikatnya, Lim Guan Eng adalah liabiliti kepada DAP. Kewujudan dirinya di dalam parti memberi imej samseng, bongkak, penipu, rasis dan korup. Namun, memandangkan DAP mengamalkan nepotisme, maka kedudukan Lim Guan Eng pastinya tidak akan goyah kerana seluruh kerabat dan kroni Lim di dalam DAP, akan memastikan kedudukannya kekal kukuh dengan apa jua cara.

Atas dasar inilah maka kita meragui yang DAP mampu berlaku telus dalam pemilihan semula CEC September ini.  Biar berapa kali pun pemilihan semula dilakukan, DAP tidak mungkin mampu berlaku telus setelus-telusnya.

Tidak ada sebab bagi kepimpinan DAP untuk menafikan hak 753 perwakilan untuk mengundi dalam pemilihan awal melainkan mereka tidak yakin yang kroni-kroni dan kerabat mereka akan menang.

Justeru, sekiranya mereka tidak yakin sebelum ini, apa yang akan membuat mereka yakin pada September ini? Lebih-lebih lagi apabila kesemua 753 perwakilan yang telah dinafikan hak itu pastinya telah kecil hati dan mungkin menyimpan dendam terhadap kepimpinan. Maka, apakah mungkin mereka akan mengundi kroni-kroni dan kerabat kepimpinan dalam pemilihan semula?

Lim Guan Eng tentu sekali tidak akan mengambil risiko orang-orangnya kalah dalam pemilihan semula ini kerana itu hanya akan membuktikan bahawa berlakunya penipuan dalam pemilihan awal. Mengenali sikap samseng, rasis dan diktator beliau, beliau akan memastikan yang keputusan pemilihan kali ini tidak jauh berbeza dengan yang terdahulu.

Tidak mustahil, beliau akan mengulangi penipuan dan manipulasi yang sama agar kesemua 753 perwakilan India itu tidak dapat mengundi lagi.  

Apa yang pasti, beliau tentu sedang merancang sesuatu bagi menyelamatkan diri, kerabat dan kroninya. Maka, tidak hairanlah DAP sengaja memanjangkan tempoh pemilihan semula iaitu sehingga 29 September. Untuk apa DAP memerlukan masa yang begitu panjang untuk menjalankan keadilan melainkan DAP sememangnya mempunyai muslihat dalam menentukan keputusan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /