Latif melihat keadaan barang dan motosikal Honda Wave yang tidak sempat diselamatkan. |
Seorang
ibu terpaksa mencampak lima anak, termasuk dua kembar melalui tingkap setelah
rumahnya dekat Kampung Cherang terbakar jam 12 tengah hari, kelmarin. Datuk,
Latif Hasan, 72, berkata, dia hanya mengetahui kejadian yang berlaku setelah
pulang daripada kebun.
Menurutnya,
penduduk memberitahu lima cucu bersama anak perempuannya terperangkap di dalam
rumah kerana pintu depan tidak dapat dilalui akibat terbakar.
“Disebabkan
itulah, anak saya terpaksa mencampakkan cucu yang berusia lima hingga 10 tahun
melalui tingkap.
“Mujurlah
ketika kejadian isteri saya yang mempunyai masalah pendengaran, berada di luar
rumah,” katanya, semalam.
Latif
berkata, dia tidak sempat menyelamatkan sebarang dokumen penting termasuklah
wang anaknya bernilai hampir RM 1,000 dan motosikal Honda Wave yang baru dibeli
setahun lalu.
Menurutnya,
dianggarkan mereka mengalami kerugian hampir RM 200,000.
Sementara
itu, Pegawai Kanan Bomba II (PBK), Azuhan Ibrahim berkata, pihaknya menerima
panggilan kecemasan pada jam 12.37 tengah hari dan bergegas ke tempat kejadian
menggunakan satu jentera dengan kekuatan lima anggota.
“Setibanya
di tempat kejadian, kami dapati rumah separa kayu dan batu hangus hampir 100
peratus namun kami berjaya mengawal api daripada merebak, lima minit selepas
memulakan operasi.
“Punca
dan nilai kerugian yang ditanggung masih dalam siasatan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan