Aktres baru yang semakin
dikenali, Uqasha Senrose mengakui pernah diraba oleh pembantu peribadi (PA)
ketika sedang tidur. Kesal dengan perbuatan biadap itu, dia bertindak memecat
pembantunya itu yang merupakan seorang pengkid serta-merta.
"Tidak perlu rasanya untuk
saya menyebut namanya. Perkara itu berlaku ketika saya di set penggambaran
drama "Ratu Shuhada" baru-baru ini. Saya sedang tidur di dalam kereta
dan ketika itulah dia meraba saya. Nasib baik saya cepat tersedar.
"Selepas kejadian tersebut,
saya terus memecatnya kerana saya memang tidak selesa dengan dia," ujar
Uqasha ketika ditemui di tayangan filem "Paku Pontianak" di Sunway
Pyramid semalam.
Tambah Uqasha atau nama
sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, dia mengambil keputusan untuk
tidak membuat laporan polis kerana tidak mahu memperbesarkan perkara tersebut.
Jelas aktres berusia 21 tahun ini
lagi, buat masa ini dia masih belum mempunyai pembantu peribadi baru dan
menyerahkan segala urusan seninya diuruskan oleh pihak pengurusan Metrowealth.
Ditanya tentang hubungannya
dengan pelakon Pekin Ibrahim, Uqasha mengesahkan bahawa dia telah dirisik oleh
keluarga kekasihnya itu.
"Ya, rombongan Pekin datang
merisik pada Julai lalu. Hanya merisik dan kami tidak bertunang. Namun untuk
kea rah perkahwinan, rasanya bukan tahun ini kerana masing-masing sedang sibuk
dengan karier.
"Kami memberi tempoh masa
selama setahun untuk diri masing-masing bagi mencari duit dan mengenali hati
budi antara satu sama lain," katanya.
Dalam perkembangan lain, Uqasha
dan Pekin telah bergandingan dalam sebuah filem seram arahan Ismail Bob Hasim,
"Paku Pontianak" yang bakal ditayangkan pada 22 Ogos ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan