16 Ogos 2013

Bertindak Agresif Banteras Budaya Hina Agama Islam




Dalam lima tahun kebelakangan ini, banyak kes penghinaan Islam telah berlaku. Apa gunanya kemajuan penyampaian maklumat sekiranya kesucian Islam di jadikan bahan gurauan.

Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang membenarkan apa sahaja bentuk maklumat disebarkan tanpa sekatan telah membawa kepada kelonggaran undang-undang di Malaysia.


Orang Islam di Malaysia mempunyai budaya ketimuran, yang sering menjaga hati dan peradaban. Oleh itu, tindakan membabi buta seperti membakar dan membunuh serta keluar di jalanan bagi mempertahankan agama Islam tidak akan terjadi. Hakikat inilah yang sering menyebabkan Islam di Malaysia sering kali dipersendakan.

Orang Islam di Malaysia bukan penakut untuk mengambil tindakan sendiri, bukan kecut untuk laksanakan undang-undang rakyat. Cuma kehidupan kami memang dibuai dengan adab kesopanan ketimuran.

Oleh itu, kuasa yang ada perlu digunakan bagi melindungi rakyat Malaysia dan Islam daripada pemikiran liberal, pemikiran 'free thinker' dan pelbagai lagi.

Kerajaan seharusnya bertindak secara agresif menahan budaya yang menghina agama ini secara tegas dan mengikut acuan Malaysia.

Perhubungan antara agama harus dijaga dengan teliti agar ia tidak menjadi parasit yang memakan keharmonian dalam masyarakat kita.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /