04 September 2013

#Bajet 2014 : PM @NajibRazak Ajak Rakyat Sumbang Idea




Dalam masa yang terdekat ini, saya akan mengemukakan Belanjawan Negara selaras dengan kapasiti saya sebagai Menteri Kewangan. Sebagai kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat, saya percaya bahawa setiap rakyat mempunyai hak untuk bersuara dalam menentukan hala tuju kemajuan negara kita pada tahun hadapan.

Saya amat berbesar hati melihat rakyat berkongsi visi kami untuk melihat Malaysia berjaya di pentas dunia. Iltizam mereka jelas terlihat melalui sambutan dan maklum balas yang kami terima sebelum kami mengemukakan peruntukan kewangan setiap tahun. Sambutan ini kelihatan paling ketara pada tahun lepas, apabila kami menerima lebih 2500 maklum balas dan saranan dari pelbagai platform dan laman media sosial. Bajet 2013 mengandungi banyak maklum balas dan saranan yang telah dikemukakan ini.


Dalam keadaan ekonomi dunia masa kini, bermakna lebih penting untuk kita mengemukakan belanjawan yang berwawasan tetapi pada masa yang sama munasabah, yang akan dapat menentukan hala tuju dan kepesatan pembangunan negara kita. Ini merupakan satu cabaran tetapi saya percaya dengan bekerjasama sebagai sebuah negara, kita akan dapat mencapai hasil yang terbaik.

Pada 26 Ogos, kami akan menyediakan satu platform untuk rakyat supaya dapat bersama dan berkongsi pandangan mereka tentang Bajet 2014. Perbincangan ini akan tertumpu pada beberapa topik, termasuk kos sara hidup, perumahan dan kehidupan bandar, penjagaan kesihatan, keselamatan awam dan beberapa isu lain yang dekat di hati rakyat. Kami akan terus mengumpul saranan dan maklum balas anda sehingga 8 September, dan setelah itu ia akan dihantar ke Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan.

Untuk mencapai sasaran kita menjadi negara berpendapatan tinggi, kami memerlukan peranan setiap masyarakat. Saya akan menunggu idea-idea anda dengan penuh minat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /