19 Ogos 2013

Suraya Sungai Tiang Nafi Dia Dalam Kem Azalina... Azalina Terkontang-Kanting!!!



  
YB Suraya Yaakob, ADUN Sungai Tiang dan Exco Kerajaan Negeri Kedah, biarpun berasal daripada Pergerakan Puteri UMNO tetapi dia adalah salah seorang Exco Wanita UMNO Malaysia, berbanding Azalina Othman Said yang menawarkan diri untuk menentang penyandang jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia, Shahrizat Abdul Jalil.


Barangkali kerana itulah, Azalina bersandar kepada Suraya. Suraya akan bertanding jawatan Naib Ketua Wanita UMNO sekaligus menyaingi Rosnah Rasyid Shirlin yang gagal sebagai Ketua Puteri UMNO tetapi bercita-cita tinggi untuk menjadi Naib Ketua Wanita UMNO pula.

Merah padamlah muka Azalina apabila Suraya dengan tegas menyatakan, dia tidak berada dalam mana-mana kem sekaligus menyanggah pengakuan Azalina bahawa Suraya berada dalam kemnya. Menurut Suraya, dia bertanding atas kapasitinya sendiri, bukan kerana konspirasi seperti yang ingin dipersepsikan oleh Azalina.

Sememangnya, Suraya merupakan antara pemimpin Wanita UMNO yang agak menonjol dan mempunyai masa hadapan yang lebih cerah dalam bidang politik. Dengan usianya yang masih muda, ditambah pula dengan kejayaannya menjadikan DUN Sungai Tiang di dalam kawasan Pendang sebagai kawasan kubu kuat UMNO, kebanyakan pemimpin UMNO Kedah sendiri pun, angkat topi terhadap wanita berkenaan.

Suraya bersama-sama Shahrizat jauh lebih mantap berbanding Shahrizat bersama-sama Rosnah atau Azalina bersama-sama Suraya.

Nampaknya dengan penegasan yang dibuat oleh Suraya, Azalina terpaksa menggunakan 'daya tarikannya' untuk memujuk wanita itu untuk bersama-samanya dalam sebuah kem bagi menentang Shahrizat!

Sumber : The Flying Kick

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /