Setelah hampir dua
tahun prosedur perceraian pelakon jelita Rita Rudaini Mokhtar dengan pemain
bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan Abdul Radzak dibicarakan, Rita akhirnya akur
apabila diceraikan Aidil empat hari sebelum umat Islam menyambut kedatangan
Aidilfitri.
Rita mengakui dia tidak
berharap agar rumah tangganya dapat diselamatkan. Malah, Rita tidak terkejut
apabila Aidil, 26 bertindak menceraikannya melalui khidmat pesanan ringkas
(SMS).
"Saya tidak
terkejut apabila Aidil ceraikan saya menerusi SMS. Ini kerana ketika dia keluar
rumah dulu pun, itu juga perkara yang tidak sepatutnya dibuat seorang suami
yang beriman dan bertanggungjawab" ujar Rita.
Pelakon berusia 37
tahun ini menyifatkan tindakan Aidil itu adalah kotor dan mempersoalkan
kewajaran Aidil meruntuhkan hubungan suci yang dibina pada bulan yang mulia.
Apabila ditanya tentang perasaan, Rita memberitahu dia tidak merasa sedih
dengan perceraian tersebut tetapi sedih melihat keadaan Aidil dan keluarganya
yang tertekan.
"Aidil juga
tiada rasa malu atau bersalah. Bagi saya, dia tidak layak dijadikan suami.
Memang di dunia, dia boleh lepas tetapi tidak di akhirat" tutur Rita.
Mengenai soal
penjagaan anak pula, Rita tidak akan memberi kebenaran kepada Aidil dan
keluarga untuk berjumpa dengan anaknya selepas ini.
"Saya tidak akan
beri kebenaran untuk Aidil dan keluarganya untuk berjumpa dengan anak selepas
ini. Selama ini dia tidak pernah tanya pun kami hidup atau mati juga sakit
pening anak-anak. Malah, Aidil sendiri tak pernah beli baju raya untuk
anaknya" kata Rita.
Walau apapun yang
berlaku, Rita yang tabah dengan dugaan ini hanya mahu membesarkan dua
puteranya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 2, dengan sebaik
mungkin dan mahu fokus dalam karier lakonan serta perniagaan RS Collagen yang
sudah beroperasi sejak setahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan