Sebuah blog pro-PR yang baru muncul,
baru-baru ini menyiarkan artikel yang mengkritik tindakan kerajaan untuk
membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir.
Menurut blog tersebut, tindakan itu membazirkan beratus juta wang rakyat
tanpa sebarang hasil. Apatah lagi dengan hakikat mereka yang memilih untuk
tinggal di sana juga berada di dalam keadaan selamat tanpa ada yang cedera atau
terbunuh. Justeru, tindakan kerajaan itu
dilihat sebagai terburu-buru dan silap.
Tidak cukup dengan itu, blog tersebut juga
membangkitkan soal kononnya kroni UMNO membuat untung menjadi orang tengah
dalam proses membawa pulang 4,000 yang terlibat melalui tempahan tiket dan
macam-macam lagi.
Malah, blog itu juga berhujah bahawa tiada
negara lain yang membazirkan wang seperti Malaysia semata-mata untuk
menyelamatkan rakyat mereka di negara yang bergolak. Ini menunjukkan
pemimpin-pemimpin UMNO hanya inginkan publisiti semata-mata, katanya.
Sudah tentu kita tidak bersetuju dengan PR
agar kerajaan mengabaikan rakyat Malaysia di Mesir. Tetapi, kita bersetuju jika
kerajaan mengabaikan saja rakyat Malaysia penyokong Pakatan Rakyat di sana. Bukan
kita tidak tahu bagaimana budi kerajaan dibalas oleh mereka dengan tohmah,
fitnah, caci dan penghinaan ketika Ops Pyramid 1 iaitu apabila pemberontakan di
Dataran Tahrir merebak.
Langsung mereka tidak berterima kasih malah
menganggap itu sudah menjadi tugas kerajaan.
Dan hari ini blog yang menyokong mereka
sendiri mendedahkan bahawa kerajaan negara lain tidak melakukan apa yang
kerajaan Malaysia atau pemimpin UMNO lakukan. Sebenarnya apa yang pemimpin UMNO
lakukan adalah amat mulia sekali kerana turut menyelamatkan rakyat yang
mencercanya dan sanggup melakukannya sekali lagi.
Justeru, kita berharap agar kerajaan
mendengar seruan blog Negara Pakatan Rakyat ini agar meninggalkan sahaja
penyokong mereka di sana. Lagipun, dari
apa yang kita lihat, ramai dari kalangan pelajar penyokong mereka yang enggan pulang. Malah, mereka bangga menunjuk sokongan
terhadap bekas Presiden, Morsi dan tidak kisah sekiranya tentera Mesir turut
menjadikan mereka sebagai sasaran.
Pastinya mereka mendambakan syahid. Oleh itu, siapalah kita untuk
menghalang cita-cita mereka.
Bagaimanapun, kita menyokong agar kerajaan
membawa pulang hanya ‘rakyat yang berguna’ untuk negara sahaja iaitu
penyokong-penyokong BN dan mereka yang di atas pagar. Mereka-mereka ini
pastinya mempunyai lebih kesedaran tentang pentingnya memelihara kestabilan. Tidak
seperti penyokong PR yang bakal membawa Malaysia ke arah jalan yang sama dengan
Mesir bila pulang nanti.
Malaysia tidak perlukan manusia-manusia
perosak yang tidak beradab dan tidak tahu berterima kasih. Cukuplah kita mendapat pengajaran dari sikap
bangsa Arab di Mesir yang suka bertelagah sesama sendiri. Janganlah kita
membawa pulang rakyat kita yang mempunyai mentaliti yang sama dengan bangsa
Arab itu untuk memusnahkan negara ini juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan